Malaysia akan pelajari mekanisme tangani Daish di negara Asia Barat

Malaysia akan pelajari mekanisme tangani Daish di negara Asia Barat - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Malaysia akan pelajari mekanisme tangani Daish di negara Asia Barat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Malaysia akan pelajari mekanisme tangani Daish di negara Asia Barat
link : Malaysia akan pelajari mekanisme tangani Daish di negara Asia Barat

Baca juga


Malaysia akan pelajari mekanisme tangani Daish di negara Asia Barat

PETALING JAYA: Malaysia akan mempelajari mekanisme dan tindakan proaktif bersesuai bagi menangani ancaman militan Daish dengan beberapa negara Asia Barat, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata perkongsian berkenaan bakal terlaksana menerusi lawatan rasmi beliau ke Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain minggu depan, kerana negara-negara berkenaan lebih berpengalaman menangani Daish seperti di Iraq dan Syria.

"Penting untuk kita belajar dan memahami bagaimana negara berkenaan hadapi Daish di Iraq dan Syria dan keduanya untuk mendapatkan perkongsian maklumat risik.

"Kemungkinan mereka (militan Daish) yang lari dari Raqqa, Mosul atau Aleppo dengan kejayaan ofensif di sana mereka ke mana? Saya bimbang mereka lari ke rantau ini," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kompleks Mutiara Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (Pernama) di Pangkalan Udara Subang, dekat sini.

Hishammuddin berkata sempena lawatan itu, beliau juga akan bertemu dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud bagi memperincikan perkara itu dengan lebih lanjut.

Selain itu, ditanya mengenai keselamatan di Sabah, khususnya selepas insiden serangan kumpulan militan di bandar Marawi, Mindanao, Filipina, Hishammuddin berkata kementerian telah meningkatkan tahap keselamatan dan menambahkan aset seperti pesawat pejuang di Pangkalan Udara Labuan serta mempunyai beberapa Pangkalan Hadapan di negeri itu.

"Saya hendak ingatkan bahawa ancaman Daish ini tidak hanya berkisar di Mindanao sahaja tetapi jika tidak dibendung ia boleh menjejaskan keselamatan negara ini tetapi alhamdulillah tindakan hubungan trilateral (tiga pihak) yang dibuat akan memperkukuhkan lagi keselamatan di Sabah," katanya.

Terdahulu, Hishammuddin menyaksikan penyerahan dividen 2016 daripada Pernama kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sebanyak RM55 juta dan sumbangan tahunan kepada Tabung Kebajikan Angkatan Tentera sebanyak RM500,000.

Pernama merupakan antara agensi kerajaan yang tidak bergantung kepada dana pihak kerajaan dan kebanyakan projek pembangunan prasarana serta kompleks adalah hasil keuntungannya sendiri.

Kompleks Pernama merupakan rangkaian kelima dibina bagi kemudahan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan mempunyai 84 buah kedai yang sedang beroperasi dalam kem-kem utama ATM di seluruh negara ketika ini.

Turut hadir dalam majlis itu, Panglima ATM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Darat Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin dan Panglima Tentera Udara Jen Datuk Seri Affendi Buang.

-- BERNAMA


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Malaysia akan pelajari mekanisme tangani Daish di negara Asia Barat

Sekianlah artikel Malaysia akan pelajari mekanisme tangani Daish di negara Asia Barat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Malaysia akan pelajari mekanisme tangani Daish di negara Asia Barat dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/malaysia-akan-pelajari-mekanisme_7.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :