Judul : MAIPS tawar tanggung kos pendidikan mualaf
link : MAIPS tawar tanggung kos pendidikan mualaf
MAIPS tawar tanggung kos pendidikan mualaf
MAIPs dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan tawaran itu terbuka kepada mualaf dari dalam dan luar Perlis serta luar negara. Tawaran itu terbuka mulai sekarang sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan.
"Pada peringkat permulaan, MAIPs menawarkan 50 tempat dan mereka boleh memilih bidang pengajian yang diminati. Jika sambutan memberangsangkan, jumlah tersebut akan ditambah," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, lima mualaf wanita dari Sabah mengunjungi rumah Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin di Seriab dekat sini baru-baru ini.Dalam catatan di laman Facebooknya, Mohd Asri berkata kisah pengorbanan mualaf berkenaan yang berjuang untuk menjadi seorang Muslim menyebabkan jiwanya menjadi sayu.
"Sedih dan rasa betapa kita ini kurang bersyukur kerana mudahnya menjadi Muslim sedangkan mereka terpaksa berkorban banyak perkara selain diancam dan kehilangan ahli keluarga.
"Saya merasa amat kerdil dan betapa sedikitnya pengorbanan diri ini dibandingkan dengan mereka yang tegar mengembara untuk mendalami Islam. Semoga Allah tampungi kekurangan ini dengan kebaikan yang lain," kata Mohd Asri dalam coretannya itu.
-- BERNAMA
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel MAIPS tawar tanggung kos pendidikan mualaf
Anda sekarang membaca artikel MAIPS tawar tanggung kos pendidikan mualaf dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/maips-tawar-tanggung-kos-pendidikan.html