Mahkamah Tidak Boleh Terikat Dengan Fatwa Islam

Mahkamah Tidak Boleh Terikat Dengan Fatwa Islam - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahkamah Tidak Boleh Terikat Dengan Fatwa Islam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahkamah Tidak Boleh Terikat Dengan Fatwa Islam
link : Mahkamah Tidak Boleh Terikat Dengan Fatwa Islam

Baca juga


Mahkamah Tidak Boleh Terikat Dengan Fatwa Islam

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan membantah cadangan supaya satu akta diwujudkan bagi memberi kuasa undang-undang kepada fatwa negeri untuk ‘mengikat’ Mahkamah Sivil dalam isu berkaitan Islam.

Pemimpin muda Pakatan Harapan, Faiz Fadzil berpandangan cadangan yang dikemukakan pemimpin PAS itu tidak berpremiskan kepada prinsip keadilan sejagat (rules of natural justice) dan keluhuran Perlembagaan.

Katanya, cadangan itu akan menyekat kebebasan mahkamah dalam membuat keputusan yang merupakan intipati utama dalam sistem keadilan dan kebebasan kehakiman.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) malah mendakwa cadangan itu akan menyebabkan mahkamah tidak boleh menilai sesuatu fakta dan keterangan secara mendalam dan menafsirkan prinsip dan undang-undang dengan betul kerana ‘terikat’ dengan fatwa.

“Fungsi mahkamah dalam memutuskan sesuatu kes adalah berpandukan kepada prinsip dan peruntukan undang-undang dan fakta sesuatu kes.

“Mengikat mahkamah dengan fatwa (agama Islam) akan menjejaskan proses keadilan dalam memutuskan sesuatu kes

“Akta yang dicadangkan tersebut akan meletakkan fatwa sebagai asas rujukan keputusan sesuatu kes yang mengikat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Cadangan supaya akta diwujudkan bagi memberi kuasa undang-undang kepada fatwa negeri untuk ‘mengikat’ Mahkamah Sivil dalam isu berkaitan Islam timbul berikutan keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan anak luar nikah ‘di bin’kan kepada bapa penzina.

Keputusan terbaharu Mahkamah Rayuan itu bertentangan dengan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dan dibantah ramai tokoh dan ilmuan Islam meskipun Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyokong keputusan itu.

Faiz seterusnya menegaskan, fatwa cuma bersifat nilai panduan (persuassive value) dan bukannya nilai mengikat (binding value), malah fungsi mufti berbeza dengan hakim.

Kata beliau, mufti hanya membuat fatwa berasaskan pertanyaan dan soalan sedangkan hakim membuat keputusan setelah mendengar fakta dan panduan undang-undang.

Tambah beliau, fatwa dikeluarkan oleh majlis fatwa yang ditadbir di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam, bukan bidang kuasa persekutuan mengikut Jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, katanya, cadangan yang dikemukakan pemimpin PAS tersebut membelakangkan keluhuran Perlembagaan dan prinsip keadilan. – Mynewshub.cc

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Mahkamah Tidak Boleh Terikat Dengan Fatwa Islam

Sekianlah artikel Mahkamah Tidak Boleh Terikat Dengan Fatwa Islam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahkamah Tidak Boleh Terikat Dengan Fatwa Islam dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/mahkamah-tidak-boleh-terikat-dengan_29.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :