Mahkamah: Kontraktor Dan 13 Buruh Didakwa Curi Pasir

Mahkamah: Kontraktor Dan 13 Buruh Didakwa Curi Pasir - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahkamah: Kontraktor Dan 13 Buruh Didakwa Curi Pasir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahkamah: Kontraktor Dan 13 Buruh Didakwa Curi Pasir
link : Mahkamah: Kontraktor Dan 13 Buruh Didakwa Curi Pasir

Baca juga


Mahkamah: Kontraktor Dan 13 Buruh Didakwa Curi Pasir

MACHANG – Seorang kontraktor dan 13 buruh dihadapkan di Mahkamah Majistret Machang di sini, hari ini atas pertuduhan menjalankan aktiviti pengorekan dan pemindahan pasir tanpa kebenaran.

Kesemua tertuduh yang tidak diwakili peguam mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Amal Razim Alias.

Kesemua 14 tertuduh berkenaan ialah Muhammad Hakimi Hamzah, 32; Tengku Harunarashid Tengku Alias, 44; Muhamad Nur Arief Mat Husin, 18; Mohamad Farid Haziq Abd Rahim, 25; Norhisham Mah Hashim, 28; Mohd Saifulazan Mohd Sauffie, 29; Abdul Hadi Hamzah, 20; Zulkiflie Sulaiman, 33; Wan Ahmad Wan Ismail, 55; Ismail Mahmood, 57; Mohammad Faris Afizul Mohd Rozali, 20; Muhammad Abdul Aziz Hamzah, 23; Muhammad Saifful Amin Zahariman, 28, dan Mohamad Shahrul Nizam Mohamad Noor, 22.

Mereka, secara bersama-sama dituduh melakukan kesalahan itu di lokasi Jalan Tok Bok ke Selising, Mukim Tok Bok, Daerah Labok di sini pada 12.30 tengah hari, 23 Feb lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 426(1) Kanun Tanah Negara 1965 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya dari Bahagian Petugas Khas dan Pendakwaan, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Kelantan Mohd Helmi Mat Zin menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap tertuduh.

Majistret Amal Razim membenarkan jaminan antara RM2,000 dan RM3,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh selepas kesemua tertuduh memohon jaminan dikurangkan dengan pelbagai alasan.

Makamah menetapkan 28 Ogos bagi sebutan semula kes. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Mahkamah: Kontraktor Dan 13 Buruh Didakwa Curi Pasir

Sekianlah artikel Mahkamah: Kontraktor Dan 13 Buruh Didakwa Curi Pasir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahkamah: Kontraktor Dan 13 Buruh Didakwa Curi Pasir dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/mahkamah-kontraktor-dan-13-buruh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :