MAHB catat peningkatan penumpang sebanyak 11.9 peratus pada Jun 2017

MAHB catat peningkatan penumpang sebanyak 11.9 peratus pada Jun 2017 - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MAHB catat peningkatan penumpang sebanyak 11.9 peratus pada Jun 2017, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MAHB catat peningkatan penumpang sebanyak 11.9 peratus pada Jun 2017
link : MAHB catat peningkatan penumpang sebanyak 11.9 peratus pada Jun 2017

Baca juga


MAHB catat peningkatan penumpang sebanyak 11.9 peratus pada Jun 2017

KUALA LUMPUR: Rangkaian lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) termasuk Lapangan terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen (Istanbul SGIA), mengendalikan 10.2 juta penumpang pada Jun 2017, mencatatkan peningkatan 11.9 peratus berbanding bulan yang sama pada 2016.

Menurut MAHB, peningkatan keseluruhan penumpang pada Jun disokong oleh pertambahan dalam tempat duduk syarikat penerbangan dan kenaikan dalam purata faktor muatan berikutan cuti hujung minggu yang panjang sempena Hari Raya Aidilfitri pada akhir Jun.

Trafik antarabangsa mencatatkan 4.6 juta penumpang dengan peningkatan berbanding tahun ke tahun sebanyak 16.1 peratus manakala trafik domestik menambah 8.6 peratus dengan mencatatkan 5.5 juta penumpang berbanding Jun 2016.

"Ini merupakan pengendalian tertinggi dalam tempoh 12 bulan oleh rangkaian lapangan terbang.

"Pergerakan keseluruhan pesawat meningkat sebanyak 7.7 peratus dengan pergerakan antarabangsa dan domestik mencatatkan kenaikan, masing-masing sebanyak 8.8 peratus dan 7.1 peratus berbanding Jun 2016," menurut MAHB dalam laporan kepada Bursa Malaysia pada Isnin.

Bagi dalam negara, lapangan terbang di Malaysia mencatatkan pergerakan 7.6 juta penumpang pada Jun 2017, naik 13.5 peratus berbanding tahun ke tahun.

Sektor antarabangsa dan domestik mencatatkan 3.8 juta penumpang, mewakili pertumbuhan masing-masing sebanyak 17.2 peratus dan 10.0 peratus.

Trafik antarabangsa bagi negara-negara ASEAN meningkat 15.2 peratus dengan 1.9 juta penumpang, manakala trafik bukan ASEAN pula mencatatkan pertumbuhan 19.2 peratus dengan 1.9 juta penumpang, dengan pergerakan pesawat secara keseluruhan naik sebanyak 11.6 peratus.

Faktor muatan purata meningkat kepada 74.7 peratus pada Jun 2017, naik sedikit, sebanyak 0.3 mata peratusan berbanding bulan yang sama tahun lepas.

Bagi asas 12 bulan lepas, jumlah rangkaian lapangan terbang MAHB (termasuk Istanbul SGIA) mencatatkan pertumbuhan 8.4 peratus dengan 124.0 juta penumpang.

Rangkaian lapangan terbang MAHB (termasuk Istanbul SGIA) mencatatkan 61.7 juta penumpang pada separuh pertama 2017, mewakili pertumbuhan 9.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Trafik antarabangsa meningkat 13.0 peratus dengan 28.3 juta penumpang, manakala penumpang domestik naik sebanyak 6.8 peratus dengan 33.3 juta penumpang.

Pergerakan pesawat juga bertambah sebanyak 3.1 peratus dengan pergerakan antarabangsa dan domestik naik, masing-masing sebanyak 4.5 peratus dan 2.3 peratus.

-- BERNAMA


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel MAHB catat peningkatan penumpang sebanyak 11.9 peratus pada Jun 2017

Sekianlah artikel MAHB catat peningkatan penumpang sebanyak 11.9 peratus pada Jun 2017 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MAHB catat peningkatan penumpang sebanyak 11.9 peratus pada Jun 2017 dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/mahb-catat-peningkatan-penumpang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :