Liow Beri Taklimat Pada Waris Mangsa MH17 Khamis Depan

Liow Beri Taklimat Pada Waris Mangsa MH17 Khamis Depan - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Liow Beri Taklimat Pada Waris Mangsa MH17 Khamis Depan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Liow Beri Taklimat Pada Waris Mangsa MH17 Khamis Depan
link : Liow Beri Taklimat Pada Waris Mangsa MH17 Khamis Depan

Baca juga


Liow Beri Taklimat Pada Waris Mangsa MH17 Khamis Depan

SEPANG – Waris mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di ruang udara Ukraine pada 2014 akan diberi taklimat berkenaan proses pendakwaan yang akan dilakukan di Belanda pada Khamis depan (17 Julai) di Putrajaya bersempena majlis peringatan ulang tahun ketiga insiden itu.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kementerian akan menjemput kesemua waris untuk diberi  taklimat dan maklumat berhubung perkembangan terkini insiden MH17 di Hotel Marriot Putrajaya di sini.

“Saya sendiri akan berbincang dan memberi taklimat kepada mereka, ” katanya kepada media selepas merasmikan Renesas Electronics Kuala Lumpur Global Parts Distribution Centre di sini hari ini.

Malaysia dan negara Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) iaitu Belanda, Belgium, Ukraine dan Australia bersetuju agar pendakwaan nasional terhadap mereka yang bertanggungjawab  menyebabkan MH17 ditembak jatuh dilakukan di Belanda.

Liow berkata negara-negara terlibat yakin terhadap pelaksanaan undang-undang di Belanda mampu beri keadilan kepada kesemua mangsa  tanpa perlu melibatkan mahkamah antarabangsa.

​​​​​​​”Kesemua lima negara telah pun bersedia dari segi mahkamah dan kemudahan untuk mendakwa penjenayah ini,” katanya.

Liow berkata proses  siasatan kini tertumpu kepada 100 orang suspek dan siasatan penuh dijangka selesai pada awal tahun depan sebelum proses pendakwaan  dimulakan.

Katanya pada  proses pendakwaan tersebut, Malaysia akan diwakili Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

“Ini merupakan tragedi yang tidak boleh dilupakan negara kita apabila sebuah pesawat sivil ditembak jatuh dan kita memerlukan keadilan dan perlu membawa mereka yang terlibat ke mahkamah… sebab itu kerajaan Malaysia bertungkus lumus untuk membawa penjenayah ke mahkamah,” katanya.

Pesawat Boeing B777 itu yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan membawa 298 penumpang termasuk anak kapal, ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai,  2014. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Liow Beri Taklimat Pada Waris Mangsa MH17 Khamis Depan

Sekianlah artikel Liow Beri Taklimat Pada Waris Mangsa MH17 Khamis Depan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Liow Beri Taklimat Pada Waris Mangsa MH17 Khamis Depan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/liow-beri-taklimat-pada-waris-mangsa_6.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :