Judul : Lima Negara Ini Kemukakan Pendakwaan Atas Insiden Penembakan Pesawat MH17
link : Lima Negara Ini Kemukakan Pendakwaan Atas Insiden Penembakan Pesawat MH17
Lima Negara Ini Kemukakan Pendakwaan Atas Insiden Penembakan Pesawat MH17
Kerajaan lima negara iaitu Australia, Belgium, Malaysia, Ukraine, dan Belanda, Rabu (5/7/2017) memutuskan akan membuat tuntutan undang-undang demi menuntut keadilan bagi 198 penumpang dan anak kapal yang terkorban pada 17 Julai 2014.
Pesawat MH17 tersebut sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, namun ditembak jauh oleh peluru berpandu BUK buatan Rusia oleh pemisah pro-Rusia di Ukraine, seperti dilaporkan agensi berita Perancis, AFP.
Pesawat Boeing 777-200ER itu mengangkut 283 penumpang dan 15 anak kapal, dari 17 negara di lima benua sehingga mencetuskan kecaman dan kemarahan komuniti antarabangsa.
Pendakwa raya antarabangsa menerbitkan sebuah laporan tahun lalu yang menyebut bahawa pesawat Malaysia itu terkena peluru berpandu buatan Rusia, dilancarkan dari sebuah wilayah yang dikuasai oleh kumpulan pemisah yang melakukan pemberontakan terhadap kerajaan Ukraine di Kiev.
Penyiasatan ke atas penembakan pesawat itu berlanjutan namun Pasukan Siasatan Bersama (JIT) kini telah memberi isyarat akan niat mereka untuk membuat pendakwaan.
Negara-negara yang terdiri daripada Pasukan Penyiasatan Bersama (JIT) - Australia, Belgium, Malaysia, Belanda dan Ukraine - bergabung untuk memastikan keadilan akan dicapai dalam kes rumit ini.
"Kerjasama ini sangat penting, memandangkan kerumitan kes ini," tambahnya. Beliau mengatakan bahawa wilayah timur Ukraine merupakan zon konflik yang merupakan tempat pertempuran sengit, yang masih sukar dimasuki."
Presiden Ukraine, Petro Poroshenko, berjanji bahawa Kiev "akan memberikan sumbangan dan membantu Belanda sebanyak mungkin untuk memastikan hukuman yang segera kepada mereka yang bertanggungjawab".
Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri Autralia, Malcolm Turnbull dan Menteri Luar Julie Bishop berkata langkah itu boleh membawa akauntabiliti bagi mangsa MH17.
Turnbull berkata Kerajaan Persekutuan mempunyai "keyakinan penuh" kepada sistem undang-undang Belanda, di mana sebarang prosiding jenayah akan dilaksanakan.
"Kami menyokong kuat Belanda untuk menunjukkan kepimpinan menerusi proses Penyiasatan Bersama MH17 dan melakukan pendakwaan bagi pihak komuniti antarabangsa yang lebih luas," kata kenyataan itu
seperti dilaporkan ABC News.Kerajaan Persekutuan Australia telah mendesak negara-negara lain untuk memastikan mereka yang menembak jatuh pesawat dipertanggungjawabkan.
Rusia telah menafikan keras penglibatan mereka dalam penembakan MH17.
Dua tahun
yang lalu, Belanda meminta Persatuan Bangsa-Bangsa (PBB) untuk membentuk sebuah tribunal khas supaya mereka yang bertanggungjawab boleh dikenakan tindakan, walaupun Rusia kemudian menggunakan kuasa veto untuk menolak cadangan ini.Mahkamah Jenayah Antarabangsa yang berpangkalan di Belanda dan sistem undang-undang Belanda mempunyai pengalaman dengan jenayah berprofil tinggi.
Dalam satu posting di laman Facebook, Petro kembali menyalahkan Rusia kerana menghalang pembentukan tribunal khas yang disokong PBB.
"Itulah sebabnya saya percaya pada keadilan, kesaksamaan, dan objektif sistem kehakiman Belanda," tambahnya.
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Lima Negara Ini Kemukakan Pendakwaan Atas Insiden Penembakan Pesawat MH17
Anda sekarang membaca artikel Lima Negara Ini Kemukakan Pendakwaan Atas Insiden Penembakan Pesawat MH17 dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/lima-negara-ini-kemukakan-pendakwaan.html