Judul : "Lepas Solat Adik Selalu Minta Doa Semoga Adik Sembuh," Kata Syaza Umur 3 Tahun Hidap Empat Penyakit Kronik Dan Lumpuh
link : "Lepas Solat Adik Selalu Minta Doa Semoga Adik Sembuh," Kata Syaza Umur 3 Tahun Hidap Empat Penyakit Kronik Dan Lumpuh
"Lepas Solat Adik Selalu Minta Doa Semoga Adik Sembuh," Kata Syaza Umur 3 Tahun Hidap Empat Penyakit Kronik Dan Lumpuh
Kepetahannya bercakap umpama murid tahun enam terutamanya bila berbual dengan orang yang lebih dewasa, tidak lokek memberikan senyuman dan ceria.
Disebalik riak wajah dan kepetahannya bertutur katanya itu, tiada siapa tahu selain keluarga dan kenalan yang anak kecil berumur 3 tahun ini sebenarnya menghidap empat penyakit kronik yang agak teruk.
"Adik selalu doa untuk adik sembuh" itulah ungkapan yang sering diluahkan oleh Nur Syaza Azzahra kepada ibunya setiap kali selepas selesai menunaikan solat.
Pagi tadi dia telah dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian dari rumah di Rantau Panjang, Kelantan kerana mengalami tarik yang tak pernah di alami sebelum ini.
Pada esok, 9 Julai Syaza dijangkakan akan menjalani pembedahan di bahagian belakangnya yang cedera dan berkudis akibat pembesaran tulang belakang yang telah menusuk isi dan kulit belakangnya.
Bapanya yang merupakan seorang pekerja syarikat penghantar surat terpaksa berulang alik ke hospital sejauh 45km untuk rawatannya selain perlu menyediakan wang membeli keperluan asas untuk rawatannya.
Jika anda rasa ingin membantu meringankan kos anak kecil ini dan keluarganya boleh salurkan bantuan ke akaun ibunya Siti Fauziah Zakaria, 0302 7020 5454 27 (bank Islam) atau hubungi 013 950 4122 untuk bantuan lain.
Semoga adik Syaza selamat jalani pembedahan dan cepat sembuh, semoga doa adik Syaza dimakbulkan olehNya. - Siakapkeli.my
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel "Lepas Solat Adik Selalu Minta Doa Semoga Adik Sembuh," Kata Syaza Umur 3 Tahun Hidap Empat Penyakit Kronik Dan Lumpuh
Anda sekarang membaca artikel "Lepas Solat Adik Selalu Minta Doa Semoga Adik Sembuh," Kata Syaza Umur 3 Tahun Hidap Empat Penyakit Kronik Dan Lumpuh dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/lepas-solat-adik-selalu-minta-doa.html