Lempar cakera: Irfan tamatkan lapan tahun kemarau pingat di ATF

Lempar cakera: Irfan tamatkan lapan tahun kemarau pingat di ATF - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lempar cakera: Irfan tamatkan lapan tahun kemarau pingat di ATF, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lempar cakera: Irfan tamatkan lapan tahun kemarau pingat di ATF
link : Lempar cakera: Irfan tamatkan lapan tahun kemarau pingat di ATF

Baca juga


Lempar cakera: Irfan tamatkan lapan tahun kemarau pingat di ATF

KUALA LUMPUR: Atlet lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsudin menamatkan kemarau pingat Malaysia selama lapan tahun di Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATF), selepas meraih pingat perak, Khamis malam.

Beliau menduduki tempat kedua selepas melakukan lemparan sejauh 60.96 meter pada kejohanan edisi ke-22 itu di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, India, menurut laman web rasmi kejohanan, www.odisha2017.games.

Atlet Iran, Ehsan Haddadi meraih pingat emas selepas melakukan lemparan sejauh 64.54m, manakala gangsa menjadi milik wakil tuan rumah, Vikas Gowda dengan catatan 60.81m.

Mengulas mengenai kejayaan itu, ketua jurulatih olahraga kebangsaan Zainal Abas berkata kejayaan Muhammad Irfan mengekalkan lemparan di paras 60m merupakan satu pencapaian yang sangat menggalakkan untuk kem negara menjelang Sukan SEA, Ogos ini.

"Keputusan hari ini (Khamis) membuktikan beliau mampu bersaing dan memberi tentangan terhadap atlet terbaik di Asia. Kami sentiasa maklum Ehsan Haddadi adalah peserta pilihan. Malah, pada Februari lepas, kita berusaha agar Irfan pergi ke Iran dan berlatih bersama atlet negara berkenaan.

"Malangnya, Persatuan Olahraga Iran tidak memberi maklum balas walaupun jurulatih mereka sudah bersetuju untuk membantu Irfan. Apa pun tahniah kepada Irfan dan jurulatihnya Franc Petrovic," kata beliau.

Kali terakhir Malaysia memenangi pingat pada kejohanan itu adalah pada edisi 2009 menerusi Noraseela Mohd Khalid yang meraih perak dalam acara 400m lari berhalangan.

Sementara itu, dalam acara 100m wanita, kedua-dua wakil negara menempah tiket ke separuh akhir yang akan berlangsung hari ini (Jumaat).

Pada pusingan kelayakan semalam, ratu pecut negara Zaidatul Husniah Zulkifli mencatat 11.79s pada saringan kedua, manakala Siti Fatimah Mohamed layak selepas melintasi garisan penamat dengan masa 11.88s dalam saringan keempat.


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Lempar cakera: Irfan tamatkan lapan tahun kemarau pingat di ATF

Sekianlah artikel Lempar cakera: Irfan tamatkan lapan tahun kemarau pingat di ATF kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lempar cakera: Irfan tamatkan lapan tahun kemarau pingat di ATF dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/lempar-cakera-irfan-tamatkan-lapan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :