Judul : Lelaki Mabuk Yang Tertidur Atas Jalan Akhirnya Maut Digilis Di Sabah
link : Lelaki Mabuk Yang Tertidur Atas Jalan Akhirnya Maut Digilis Di Sabah
Lelaki Mabuk Yang Tertidur Atas Jalan Akhirnya Maut Digilis Di Sabah
Pegawai polis menjalankan pemeriksaan di lokasi kemalangan di Jalan pasar malam Inanam, Kota Kinabalu. FOTO Mohd Ruzaini Zulkepli
LELAKI yang tertidur di atas jalan raya disyaki mabuk maut dilanggar kenderaan di Jalan pasar malam, Inanam, Kota Kinabalu, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, mangsa Candok Talib, 51, maut di lokasi kejadian akibat parah yang dialaminya.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, siasatan mendapati pemandu kenderaan jenis Toyota Fortuner dari pekan Inanam menuju ke Bulatan Inanam.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu Toyota Fortuner itu tidak menyedari mangsa yang baring di atas jalan raya sebelum melanggarnya.
“Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh doktor dari Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) Likas,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Chandra berkata, pemandu perempuan berusia 53 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian mangsa kerana berbaring di atas jalan raya sehingga berlaku kemalangan.
“Mangsa disyaki mabuk ketika melintas lalu terbaring di atas jalan raya.
“Saksi kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan itu,” katanya.
Tambah Chandra, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – Metro
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Lelaki Mabuk Yang Tertidur Atas Jalan Akhirnya Maut Digilis Di Sabah
Anda sekarang membaca artikel Lelaki Mabuk Yang Tertidur Atas Jalan Akhirnya Maut Digilis Di Sabah dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/lelaki-mabuk-yang-tertidur-atas-jalan.html