Larian Obor Sukan SEA Ke-29 Tiba Di Pahang

Larian Obor Sukan SEA Ke-29 Tiba Di Pahang - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Larian Obor Sukan SEA Ke-29 Tiba Di Pahang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Larian Obor Sukan SEA Ke-29 Tiba Di Pahang
link : Larian Obor Sukan SEA Ke-29 Tiba Di Pahang

Baca juga


Larian Obor Sukan SEA Ke-29 Tiba Di Pahang

KUANTAN – Larian Obor Sukan Sea ke-29 sempena temasya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur 2017 secara rasminya bermula di Pahang hari ini.

Penyerahan obor itu berlangsung di pintu gerbang sempadan Terengganu-Pahang di Chendor di sini, disempurnakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching Datuk Zaili Besar, selaku wakil kerajaan Pahang.

Beliau menerima obor itu daripada wakil Terengganu, ADUN Air Putih Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar dan sebagai simbolik penyerahan, Zaili turut berlari sejauh 3.2 kilometer.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Datuk Mohd Johari Hussain berkata, Pahang merupakan negeri ke-12 penerima obor itu, yang akan dibawa merentasi lima daerah Tok Gajah iaitu Kuantan, Pekan, Temerloh, Jerantut dan Bentong hingga Ahad ini sebelum diserahkan kepada Selangor.

“Larian Obor ini memberi peluang kepada rakyat di Pahang untuk turut serta dalam menjayakan penganjuran sukan bertaraf antarabangsa itu, sekali gus menjadi sejarah kepada dunia sukan negara, walaupun bukan seorang atlet.

“Rakyat juga berpeluang menunjukkan sokongan padu mereka kepada atlet negara yang menggalas cabaran membawa nama Malaysia pada temasya sukan itu,” katanya.

Johari berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan Zaili pada majlis itu di perkarangan Masjid Kampung Chendor di sini, hari ini.

Di Pahang, obor itu dijadualkan dibawa menaiki kenderaan pacuan empat roda untuk  ke Taman Negara di Jerantut, iaitu destinasi pelancongan terkenal dunia, yang mana ia akan merentasi ‘Canopy Walk’ di situ, yang diiktiraf sebagai titian kanopi terpanjang di dunia dengan ketinggian lebih 45 meter dan panjang 510 meter. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Larian Obor Sukan SEA Ke-29 Tiba Di Pahang

Sekianlah artikel Larian Obor Sukan SEA Ke-29 Tiba Di Pahang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Larian Obor Sukan SEA Ke-29 Tiba Di Pahang dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/larian-obor-sukan-sea-ke-29-tiba-di_24.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :