Kualiti Udara Negara Masih Ditahap Baik

Kualiti Udara Negara Masih Ditahap Baik - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kualiti Udara Negara Masih Ditahap Baik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kualiti Udara Negara Masih Ditahap Baik
link : Kualiti Udara Negara Masih Ditahap Baik

Baca juga


Kualiti Udara Negara Masih Ditahap Baik

KUALA LUMPUR – Kualiti udara di seluruh negara berada di tahap baik dengan hanya lima kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana, setakat 11 pagi tadi.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ​data status kualiti udara semasa negara juga menunjukkan kebakaran di Acheh Barat tidak memberi kesan kepada negara ketika ini.

“Bacaan IPU tertinggi pada tempoh itu dicatatkan di Kota Bharu, Kelantan dangan bacaan 57. Bagaimanapun, tiada kawasan mencatatkan bacaan IPU tidak sihat,” katanya.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan 300 ke atas, berbahaya.

Agensi Mitigasi Bencana Indonesia (BNPB) pada Selasa memberi amaran mengenai peningkatan ancaman kebakaran hutan berikutan cuaca kering yang melanda wilayah Aceh, sekali gus menyebabkan  wilayah itu mengalami jerebu.

Menurut laporan Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC) berpusat di Singapura semalam, terdapat 14 titik panas  dikesan di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia manakala empat titik panas dikesan di negara ini iaitu di Pahang dan Sabah.

Bagi menghadapi cuaca panas dan kering yang bermula sejak awal Jun lepas, Wan Junaidi turut  mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka atau membiarkan tanah atau premis kepunyaan mereka dimasuki atau diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka.

Mereka yang disabitkan kesalahan melakukan pembakaran terbuka di bawah Seksyen 29(A), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-dua.

Selain itu, kompaun maksimum sebanyak RM2,000 boleh dikenakan bagi setiap kesalahan. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Kualiti Udara Negara Masih Ditahap Baik

Sekianlah artikel Kualiti Udara Negara Masih Ditahap Baik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kualiti Udara Negara Masih Ditahap Baik dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/kualiti-udara-negara-masih-ditahap-baik_29.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :