Judul : Konsert Ekspresi Negaraku FELDA 2017
link : Konsert Ekspresi Negaraku FELDA 2017
Konsert Ekspresi Negaraku FELDA 2017
SAMBUTAN Hari Peneroka FELDA 2017 di Presint 3, Putrajaya selama 3 hari bermula daripada hari ini sehingga Ahad akan datang. Sepanjang sambutan tersebut, bakal berlangsungnya pelbagai aktiviti menarik yang boleh dihadiri oleh pengunjung.
Pihak penganjur telah meramalkan seramai 50,000 jumlah pengunjung yang bakal hadir ke sambutan ini sepanjang tiga hari berlangsung. Antara aktiviti yang bakal diadakan esok ialah Fun Run dan Fun Ride, Zumba, Bicara TN50, pertandingan memasak, pertandingan pentas muzik, zapin, dikir barat, busking, treasure hunt dan pertandingan filem pendek.
Majlis ini bakal diserikan lagi dengan acara Konsert Ekspresi Negaraku oleh artis kelahiran anak FELDA serta beberapa lagi artis tempatan.
Antara artis yang terlibat ialah Mawi, Aiman Tino, Sufian Suhaimi, Rahmat Mega, Que Haidar, jalil Hamid, Wany Hasrita dan Along Exist. Persembahan akan bermula pada jam 9 malam di pentas utama.
BACA: Sambutan Hari Peneroka Paling Besar Tahun Ini
BACA: Sambutan Hari Peneroka Felda Di Putrajaya Julai Ini
BACA: Ekspresi Felda Negaraku Meriahkan Hari Peneroka
Selain itu, para pengunjung bakal menyaksikan belia-belia Felda terlibat dalam Program TN50 bagi berkongsi harapan dan aspirasi apakah bentuk Felda yang diimpikan mereka pada 2050.
Orang ramai dialu-alukan untuk tutut hadir bagi memeriahkan lagi Sambutan Hari Peneroka 2017 ini. Pelbagai acara menarik telah diadakan yang akan disajikan kepada semua pengunjung tiga hari ini.-MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Konsert Ekspresi Negaraku FELDA 2017
Anda sekarang membaca artikel Konsert Ekspresi Negaraku FELDA 2017 dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/konsert-ekspresi-negaraku-felda-2017_21.html