Konco along kurang ajar [METROTV]

Konco along kurang ajar [METROTV] - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Konco along kurang ajar [METROTV], kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Konco along kurang ajar [METROTV]
link : Konco along kurang ajar [METROTV]

Baca juga


Konco along kurang ajar [METROTV]

“MINTA maaf kerana tersilap simbah cat.”

Itu kata lelaki dipercayai along dengan mudah mengungkapkan kata-kata berkenaan selepas menyimbah cat merah pada dua kereta di Taman Puchong Perdana, Selasa lalu. 

Nazihah Suliman, 28, seorang daripada dua mangsa yang kereta mereka disimbah cat berkata, kejadian berlaku pada 10 malam dan dia mengetahui mengenainya selepas menerima panggilan telefon daripada jiran. 

Katanya dia baru kematian kehilangan ibu dan ketika dimaklumkan mengenai perkara itu dia sekeluarga baru selesai tahlil. 

"Kami sekeluarga tidak sempat rehat selepas majlis pengebumian arwah ibu, jiran telefon pula beritahu ada sesuatu terjadi pada kereta yang saya parkir di sebelah rumah.

"Apabila keluar, terkejut mendapati kereta Nissan Sentra dan Perodua Bezza milik rakan yang datang menziarah, dipenuhi cat merah," katanya ketika ditemui, hari ini. 

Menurutnya, individu yang menyimbah cat itu ada meletakkan nombor telefon pada tembok pagar rumah jirannya itu. 

"Ini perbuatan along dan saya hubungi nombor yang ditampal itu.

"Bagaimanapun, lelaki itu menjawab dia tersalah sasaran dan memohon maaf," katanya. 

Nazihah berkata, jirannya membenarkan dia meletakkan kereta di hadapan rumah berkenaan. 

"Rumah sebelah disewa warga Indonesia, jadi mereka tidak mempunyai kereta. Pemilik rumah benarkan saya parkir.  

"Saya difahamkan ada individu menggunakan alamat itu untuk meminjam wang Along, namun kereta adik dan rakan saya jadi mangsa disimbah cat merah,"katanya.  

Nazihah berkata, ia kejadian kali kedua yang berlaku di rumah jirannya itu. 

"Sebelum ini, mereka (Along) pernah datang dan simbah cat. Tidak sangka Selasa lalu, saya pula jadi mangsa,” katanya. 

Menurut Nazihah, dia mengambil masa tiga jam bagi membersihkan cat itu. 

"Kalau hantar ke kedai pasti kosnya tinggi. Jadi, saya gunakan minyak petrol untuk cuci tompokan cat,” katanya.


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Konco along kurang ajar [METROTV]

Sekianlah artikel Konco along kurang ajar [METROTV] kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Konco along kurang ajar [METROTV] dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/konco-along-kurang-ajar-metrotv.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :