Judul : Kit Siang Tak Percaya PDRM Kurangkan Kadar Jenayah
link : Kit Siang Tak Percaya PDRM Kurangkan Kadar Jenayah
Kit Siang Tak Percaya PDRM Kurangkan Kadar Jenayah
KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang menegaskan beliau tidak percaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengurangkan kadar jenayah 47 peratus sejak lapan tahun lalu.
Pemimpin ulung Pakatan Harapan itu tidak percaya fakta tersebut hanya kerana ramai menteri dan orang kenamaan (VIP) dikawal pengawal peribadi sejak lapan tahun lalu.
Selain itu, beliau mempertikaikan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bahawa PDRM diiktiraf antara pasukan polis terbaik di rantau ASEAN.
“Zahid kata orang ramai yang `skeptical’ masih melihat polis tidak berkesan walaupun kadar jenayah negara menurun 47 peratus.
“Keyakinan orang ramai terhadap keupayaan polis untuk melawan dan mengurangkan kadar jenayah bukan semata-mata kerana aspek perhubungan awam dan mesra,” dakwanya dalam satu kenyataan media semalam.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri pada 26 Julai lalu berkata, rakyat masih mempunyai keraguan terhadap keselamatan awam walaupun indeks jenayah sudah menurun 47 peratus, enam tahun selepas pelancaran Program Transformasi Kerajaan dan pengenalan Inisiatif Pengurangan Jenayah.
Kata beliau, PDRM sebelum ini diiktiraf sebagai agensi keselamatan terbaik di negara ASEAN menerusi pelbagai usaha dilakukan dalam membanteras jenayah.
“Ini realiti tetapi persepsi masyarakat masih tidak bersetuju kerana minda kita sering melihat kepada isu negatif.
“Ketakutan dan ragu-ragu adalah satu cabaran yang sangat besar bagi kerajaan kerana data yang diberikan itu diragukan orang awam,” kata Ahmad Zahid. -MYNEWSHUB.CC
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Kit Siang Tak Percaya PDRM Kurangkan Kadar Jenayah
Anda sekarang membaca artikel Kit Siang Tak Percaya PDRM Kurangkan Kadar Jenayah dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/kit-siang-tak-percaya-pdrm-kurangkan_28.html