Kisah Peminat Histeria Jumpa Kareena Kapoor

Kisah Peminat Histeria Jumpa Kareena Kapoor - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kisah Peminat Histeria Jumpa Kareena Kapoor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kisah Peminat Histeria Jumpa Kareena Kapoor
link : Kisah Peminat Histeria Jumpa Kareena Kapoor

Baca juga


Kisah Peminat Histeria Jumpa Kareena Kapoor

loading…
loading…
Kisah Peminat Histeria Jumpa Kareena Kapoor

MAJLIS pelancaran kedai jus buah-buahan Juiceco, di Jalan Telawi 5, Bangsar, hari ini kecoh seketika apabila berlaku pergelutan antara pengawal keselamatan dengan wanita yang cuba berswafoto dengan bintang Bollywood Kareena Kapoor.
Difahamkan, Kareena diundang ke majlis berkenaan atas dasar rakan baik kepada pihak Juiceco.
Wanita itu nekad melawan pengawal sehingga telefon bimbitnya dirampas walaupun sebelum itu sudah diingatkan penganjur bahawa swafoto dengan Kareena tidak dibenarkan.
Ketika itu, seramai 40 peminat bertuah mengambil giliran secara berkumpulan untuk mengambil gambar kenangan bersama bintang filem Kabhi Khushi Kabhie Gham di pentas yang terletak di hadapan kedai terbabit.
Suasana bertukar tegang apabila puluhan peminat mula tolak-menolak dan berebut untuk melihat aktres jelita itu dengan lebih dekat.
Malah, ada peminat cuba menyelinap masuk ke dalam kedai untuk menghadiri sesi sidang media bersama Kareena.
Harian Metro turut difahamkan ada peminat sanggup menawarkan sejumlah wang kepada pengawal keselamatan bagi membenarkan mereka bertemu dengan pelakon berkenaan.
Terdahulu, Kareena pada majlis pelancaran memberitahu lebih 1,000 peminat dia gembira berpeluang kembali ke Malaysia buat kali ketiga.
“Saya menganggap Malaysia seperti rumah kedua dan tidak jemu datang ke negara ini,” katanya.
Ibu kepada bayi lelaki berusia lima bulan ini turut meminta peminatnya agar mendoakan dia dapat berkunjung ke Malaysia lagi pada masa depan.
Kareena yang juga dikenali sebagai Bebo berkata, dia gemar minum jus campuran beberapa jenis buah.
“Jus istimewa itu dihasilkan dari mangga, pisang, epal, lobak, nanas dan dicampurkan dengan ais krim,” katanya.
Sementara itu, peminat termasuk kanak-kanak dan ibu mengandung sanggup menunggu Kareena di hadapan kedai Juiceco sejak 4 petang.
Kemunculan aktres itu di kedai terbabit sekitar 7.30 malam menyebabkan sepanjang Jalan Telawi 5 sesak teruk.
Dua tahun lalu, Kareena berkunjung ke negara ini bagi merasmikan kedai emas di Jalan Masjid India dan kunjungannya menyebabkan kawasan berkenaan sesak dengan pengunjung.
Peminat Histeria
Bagaimanapun, suasana tiba-tiba bertukar tegang dan kecoh apabila ratusan peminat berasak-asak dan menyerbu masuk ke dalam outlet ketika Kareena sedang membuat lawatan di dalam outlet tersebut. Malah ada peminat yang sanggup menyogok pihak pengawai keselamatan semata-mata mahu masuk ke dalam outlet untuk bertemu Kareena. Dalam keadaan yang tidak terkawal itu, pihak pengamal media turut ditolak dan dihimpit oleh peminat.
Ini merupakan kunjungan kali ketiga Kareena ke Kuala Lumpur selepas julung kali menjejakkan kaki ke sini pada 2007. Dua tahun lalu, sekali lagi aktres jelita ini pernah bertandang ke negara ini bagi merasmikan pelancaran sebuah kedai emas di Jalan Masjid India hingga membuatkan kawasan terbabit sesak dengan pengunjung.
Kareena atau nama sebenarnya Kareena Kapoor Khan merupakan anak pasangan selebriti popular, Randhir dan Babita Kapoor. Beliau mula populariti menerusi kemunculan sulung di layar perak bersama filem Refugee pada 2000. Kemudian bakat lakonannya semakin diakui menerusi deretan filem seperti Kabhi Khushi Kabhie Gham, Bodyguard, Ra One, Bajrangi Bhaijaan, Jab We Met dan 3 Idiots.
Dia juga pernah memenangi pelbagai anugerah termasuk enam pengiktirafan di anugerah perfileman negaranya dan sekaligus menyandang gelaran salah seorang artis Bollywood yang paling popular dan aktres yang meraih pendapat paling tinggi.
Selain memahat nama dalam arena lakonan Hindustan, wanita berusia 36 tahun ini juga dikenali sebagai penulis dan pereka pakaian.
Kareena mendirikan rumah tangga dengan aktor bertubuh sasa, Saif Ali Khan pada tahun 2012. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata lelaki diberi nama Taimur Ali Khan Pataudi, kini berusia lima bulan
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!

The post Kisah Peminat Histeria Jumpa Kareena Kapoor appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Kisah Peminat Histeria Jumpa Kareena Kapoor

Sekianlah artikel Kisah Peminat Histeria Jumpa Kareena Kapoor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kisah Peminat Histeria Jumpa Kareena Kapoor dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/kisah-peminat-histeria-jumpa-kareena.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :