Khuatir Ancaman Anjing Liar Di Kawasan Perumahan

Khuatir Ancaman Anjing Liar Di Kawasan Perumahan - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Khuatir Ancaman Anjing Liar Di Kawasan Perumahan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Khuatir Ancaman Anjing Liar Di Kawasan Perumahan
link : Khuatir Ancaman Anjing Liar Di Kawasan Perumahan

Baca juga


Khuatir Ancaman Anjing Liar Di Kawasan Perumahan

ALOR SETAR – Kehadiran lebih 100 ekor anjing liar di kawasan perumahan Taman Low Ju Huat dan Taman Jaya Kami berhampiran Pasar Cowboy di sini nyata meresahkan penduduk di kedua-dua penempatan itu.

Menurut seorang penduduk Taman Low Ju Huat, Mahadzir Hashim, 60, jumlah anjing liar di kawasan tersebut semakin bertambah sejak awal tahun ini dan lebih buruk, menjadikan laman rumah mereka sebagai tempat tidur dan berkumpul.

“Antara faktor utama anjing semakin banyak adalah kerana ada orang yang tidak bertanggungjawab membuang anjing mereka di kawasan bangunan terbiar berhadapan dengan pasar.

“Lebih memburukkan keadaan, terdapat mereka yang suka datang memberi makanan kepada haiwan itu yang menyebabkan anjing-anjing suka berkumpul di kawasan ini,” katanya yang menetap di situ lebih 20 tahun lalu.

Tambah Mahadzir, kehadiran anjing liar itu bukan saja mengancam keselamatan penduduk terutama kanak-kanak dan orang tua tetapi ia menimbulkan bau busuk akibat tong sampah yang diselongkar dan najis yang ditinggalkan anjing tersebut di laman rumah mereka.

“Bukan itu saja, bunyi salakan yang tidak tentu masa terutama waktu malam membuatkan keadaan di sini tidak aman dan menyukarkan anak-anak yang masih bersekolah mengulangkaji pelajaran,” katanya.

Sementara itu, seorang suri rumah, Aizam Ahmad, 45 berkata, anak-anaknya juga kerap dikejar oleh anjing liar tersebut dan keadaan itu membuatkan mereka agak takut untuk keluar bermain di luar rumah.

“Kalau berbasikal atau menunggang motosikal, lagi suka anjing itu kejar. Belum lagi yang berbelas ekor tidur di laman rumah ni setiap malam. Kadang-kala terpaksa gunakan mercun untuk menghalau dan menakutkan haiwan itu,” katanya.

Jelas Aizam, dia sangat mengharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera sebelum perkara yang lebih buruk berlaku.

“Bukan kita tak suka anjing tetapi bila dah terlalu banyak dan liar, ia akan mengancam keselamatan kami terutama kanak-kanak. Bukan itu saja, kesihatan penduduk juga mungkin akan terancam dengan masalah kebersihan yang ditimbulkan anjing-anjing itu,” katanya. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Khuatir Ancaman Anjing Liar Di Kawasan Perumahan

Sekianlah artikel Khuatir Ancaman Anjing Liar Di Kawasan Perumahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Khuatir Ancaman Anjing Liar Di Kawasan Perumahan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/khuatir-ancaman-anjing-liar-di-kawasan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :