Kerajaan Sabah Pastikan Projek Pembangunan Lancar

Kerajaan Sabah Pastikan Projek Pembangunan Lancar - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Sabah Pastikan Projek Pembangunan Lancar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Sabah Pastikan Projek Pembangunan Lancar
link : Kerajaan Sabah Pastikan Projek Pembangunan Lancar

Baca juga


Kerajaan Sabah Pastikan Projek Pembangunan Lancar

KOTA KINABALU – Anggota perkhidmatan awam persekutuan di Sabah perlu memberi kerjasama erat kepada kerajaan negeri bagi memastikan projek pembangunan dirancang untuk rakyat Sabah berjalan lancar.

Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Nor Rizan Mohd Thani berkata hubungan dan kerjasama erat itu penting dalam usaha meneruskan kesinambungan pembangunan mampan dan penyampaian perkhidmatan berkualiti kepada seluruh rakyat di negeri ini.

“Semangat kerjasama ini perlu ada dalam semua aspek supaya projek pembangunan atau perkhidmatan berjalan lancar dan boleh disampaikan kepada rakyat dengan segera seperti dirancang.

“Ini bagi memastikan rakyat berpuas hati dengan sistem penyampaian penjawat awam memandangkan keberkesanan perkhidmatan adalah aspek yang amat ditekankan (rakyat) pada masa sekarang,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Persekutuan Sabah di Kompleks Pentadbiran Persekutuan, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Razarudin Husain; Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESScom) Datuk Hazani Ghazali; Panglima Armada Timur Laksamana Madya Datuk Pahlawan Syed Zahiruddin Putra Syed Osman; dan Pegawai Kemajuan negeri Datuk Ruji Ubi.

Terdahulu, Nor Rizan dalam ucapannya berkata, penjawat awam hendaklah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang membolehkan mereka terus relevan pada masa hadapan.

Dalam pada itu, beliau juga mahu penjawat awam terus memperkasa dan membudayakan aspek integriti dalam setiap tanggungjawab diamanahkan selain sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan kerajaan.

“Jauhilah ‘penyakit’ yang boleh menjejaskan integriti dan keberkesanan sektor awam seperti rasuah, salah guna kuasa, ketidakcekapan penyampaian perkhidmatan dan membocorkan maklumat kerajaan,” katanya.

Sementara itu, dalam acara berasingan, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan isteri Datin Seri Faridah Tussin menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri bersama kira-kira 2,000 penjawat awam persekutuan Sabah di kompleks berkenaan.

Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Raymond Tan Shu Kiah yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah dan Datuk Bandar Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai.

Sebanyak 56 gerai daripada 68 jabatan dan agensi kerajaan menghidangkan pelbagai juadah menarik untuk para tetamu. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Kerajaan Sabah Pastikan Projek Pembangunan Lancar

Sekianlah artikel Kerajaan Sabah Pastikan Projek Pembangunan Lancar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Sabah Pastikan Projek Pembangunan Lancar dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/kerajaan-sabah-pastikan-projek_20.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :