Kenali Siapa Sebenarnya Dr. Zakir Naik, Pendakwah Buruan Kerajaan India. Fakta Yang Sangat Mengejutkan!

Kenali Siapa Sebenarnya Dr. Zakir Naik, Pendakwah Buruan Kerajaan India. Fakta Yang Sangat Mengejutkan! - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenali Siapa Sebenarnya Dr. Zakir Naik, Pendakwah Buruan Kerajaan India. Fakta Yang Sangat Mengejutkan!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenali Siapa Sebenarnya Dr. Zakir Naik, Pendakwah Buruan Kerajaan India. Fakta Yang Sangat Mengejutkan!
link : Kenali Siapa Sebenarnya Dr. Zakir Naik, Pendakwah Buruan Kerajaan India. Fakta Yang Sangat Mengejutkan!

Baca juga


Kenali Siapa Sebenarnya Dr. Zakir Naik, Pendakwah Buruan Kerajaan India. Fakta Yang Sangat Mengejutkan!

Image result for Dr. Zakir Naik

Image result for Dr. Zakir Naik

Zakir Abdul Karim Naik lahir pada 18 Oktober 1965 di sebuah daerah di Mumbai, India.

Ayahnya bernama Abdul Karim Naik sementara ibunya bernama Pochamma Naik. Beliau bersekolah di Sekolah Tinggi St.Peter’s di Mumbai kemudian menyambung pelajarannya di Kolej Kishinchand Chellaram. Mula memasuki pendidikan dalam bidang perubatan di Topiwala National Medical College and Nair Hospital, seterusnya menyambung pelajaran di Universiti of Mumbai.

Pada tahun 1987, beliau bertemu dengan individu yang paling besar pengaruhnya dalam hidup beliau, Tuan Ahmad Deedar, seorang penceramah terkenal dari Afrika Selatan. Perjumpaan itu membuatkan Zakir mahu menjadikan dirinya juga seorang pendakwah yang mahu meramaikan umat Islam. Atas niat demikian, Zakir membentuk Islamic Research Foundation atau IRF pada tahun 1991.

Tujuan utama beliau berdakwah adalah kerana (dalam ayatnya sendiri) “terlalu ramai orang Muslim yang ragu-ragu dengan agama mereka sendiri sehinggakan mereka merasa Islam sudah tidak relevan pada zaman sekarang.”

Image result for Dr. Zakir Naik

KONTROVERSI ZAKIR NAIK
iluminasi zakir naik malaysia india dakwah islam2
Dr.Zakir Naik akan menimbulkan kontroversi ke mana saja dia pergi kerana dakwahnya menggunakan kaedah perbandingan agama yang pasti akan menyakitkan hati penganut agama lain. Beliau juga terpalit dengan beberapa kontroversi lain;

a. Pada tahun 2004, ketika pertemuan di University of Melbourne, Dr.Zakir menyamakan pakaian yang berkonsep barat akan membuatkan wanita dirogol

b. Dr. Zakir Naik juga mengkritik secara lantang teori Darwin yang menyatakan manusia berasal dari monyet. Ini kerana kisah Nabi Adam as. sebagai manusia pertama menjelaskan yang teori Darwin itu salah.

c. Beliau didakwa menyokong perjuangan Osama bin Laden dalam ucapannya; “jika bin Laden melawan musuh-musuh Islam, saya menyokong dia. Jika dia menakutkan Amerika – pengganas terbesar dunia – saya menyokongnya.”

d. Beliau didakwa menggalakkan jihad dalam ucapannya yang mengajak orang Muslim supaya berjihad menentang musuh-musuh Islam.

e. Dr. Zakir juga mengkritik pembinaan tokong, kuil dan gereja dalam negara yang majoritinya Islam kerana Buddism, Kristian atau Hindu bukan agama yang benar.

f. Dr.Zakir Naik juga memegang pandangan jika seseorang itu murtad, beliau layak dibunuh jika orang itu mengajak orang Muslim menjauhi Islam.

DR. ZAKIR NAIK DILINDUNGI DI MALAYSIA
iluminasi zakir naik malaysia india dakwah islam3
Pada ketika ini, Dr. Zakir Naik sebenarnya sedang diburu oleh pihak berkuasa India menerusi India National Investigation Agency atau NIA. Beliau mendapatkan perlindungan di negara kita kerana beliau tahu, beliau akan diseksa jika ditangkap dan dihantar pulang ke sana.

Image result for Dr. Zakir Naik

Hidup dalam buruan, Dr. Zakir Naik menjadikan Arab Saudi sebagai pusat transit beliau untuk ke Indonesia dan Malaysia. Pihak NIA telah memohon kerjasama kerajaan Arab Saudi untuk tidak membenarkan Dr. Zakir Naik terbang dari negara itu, selepas pelbagai saman yang dikeluarkan tidak dilayan beliau.

Setakat ini, hanya dua negara menghalang kemasukan beliau ke negara mereka iaitu Kanada dan United Kingdom. Di negara kita pula, kumpulan gerakan HINDRAF atau Hindu Rights Action Force sedang berusaha menggunakan kuasa mahkamah untuk membuatkan Dr. Zakir Naik dikategorikan sebagai penggugat keselamatan negara kita.

sumber:  iluminasi


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Kenali Siapa Sebenarnya Dr. Zakir Naik, Pendakwah Buruan Kerajaan India. Fakta Yang Sangat Mengejutkan!

Sekianlah artikel Kenali Siapa Sebenarnya Dr. Zakir Naik, Pendakwah Buruan Kerajaan India. Fakta Yang Sangat Mengejutkan! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kenali Siapa Sebenarnya Dr. Zakir Naik, Pendakwah Buruan Kerajaan India. Fakta Yang Sangat Mengejutkan! dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/kenali-siapa-sebenarnya-dr-zakir-naik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :