Kementerian Kesihatan sahkan kes JE di Kota Samarahan

Kementerian Kesihatan sahkan kes JE di Kota Samarahan - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kementerian Kesihatan sahkan kes JE di Kota Samarahan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kementerian Kesihatan sahkan kes JE di Kota Samarahan
link : Kementerian Kesihatan sahkan kes JE di Kota Samarahan

Baca juga


Kementerian Kesihatan sahkan kes JE di Kota Samarahan

KUCHING: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam mengesahkan kes jangkitan Japanese Encephalitis (JE) di Kota Samarahan, Kuching melibatkan seorang pelajar 7 tahun sepertimana tersebar di media sosial sejak beberapa hari lepas.

Katanya, beliau menerima laporan tersebut pada Selasa dan telahpun mengarahkan Jabatan Kesihatan negeri supaya bertindak bagi membendung penularan wabak tersebut.

“Ini bukan sesuatu yang baharu di Sarawak.

“Tapi kita tetap akan memantau rapi dan mengambil langkah sewajarnya bagi mengawal wabak tersebut, dan memastikan sekiranya ada kes terbaru atau ia hanya satu kes terpencil,” katanya selepas merasmikan Simposium Antarabangsa Mengenai Sakit Pediatrik Ke-11 di sini hari ini.

Tambah Dr Subramaniam, kemungkinan besar wabak bawaan nyamuk itu kembali di negeri tersebut adalah disebabkan gaya hidup masyarakat setempat.

Surat notis Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan bertarikh 4 Julai yang tular di media sosial itu bertujuan untuk menghebahkan tentang kes jangkitan wabak itu di Taman Sentoria, Jalan Stakan, di Kota Samarahan, Kuching, melibatkan seorang kanak-kanak berusia 7 tahun.

Pada masa sama, notis itu juga satu pemberitahuan tentang pemeriksaan status vaksinasi virus JE kanak-kanak bawah 15 tahun oleh Pejabat Kesihatan Negeri yang dilaksanakan dari 24 Jun hingga 8 Julai.

Selain Taman Sentoria, kawasan lain yang terlibat dalam pemeriksaan tersebut adalah Taman Stakan Waja, Taman Stakan Jaya, Taman Stakan Perdana, Kampung Stakan Melayu, Kampung Pengkalan Kuap, Kuap Cina serta kawasan lain sekitarnya.


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Kementerian Kesihatan sahkan kes JE di Kota Samarahan

Sekianlah artikel Kementerian Kesihatan sahkan kes JE di Kota Samarahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kementerian Kesihatan sahkan kes JE di Kota Samarahan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/kementerian-kesihatan-sahkan-kes-je-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :