Judul : Kematian kanak-kanak tiga tahun di Limbang akibat ditekap sesuatu - Polis
link : Kematian kanak-kanak tiga tahun di Limbang akibat ditekap sesuatu - Polis
Kematian kanak-kanak tiga tahun di Limbang akibat ditekap sesuatu - Polis
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar berkata bedah siasat yang dijalankan di Hospital Miri semalam menunjukkan punca kematian kanak-kanak itu adalah kerana asfiksia akibat ditekap dengan sesuatu.
"Sepasukan anggota JSJ Limbang diketuai Inspektor Andrew Undum menahan ibu tiri mangsa yang berumur 22 tahun di rumah panjang di Kampung Terimah Lubai, Limbang pada 7.10 malam semalam," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata perintah reman akan dikeluarkan terhadap wanita itu di Limbang pagi ini bagi membantu siasatan kematian anak tirinya.Sebelum ini, kes itu diklasifikasikan semula sebagai kematian mengejut, sementara menunggu keputusan bedah siasat dari Hospital Miri.
Pada 27 Julai kira-kira 9 malam, Dev berkata ibu tiri mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Limbang dengan mendakwa dia menemui anak tirinya terbaring tidak sedarkan diri di lantai bilik air di rumah mereka pada 4.20 petang.
"Dia berkata kanak-kanak itu bermain seorang diri di dalam bilik air semasa dia berada di dapur sebelum ternampak anaknya itu tidak sedarkan diri ketika kembali ke bilik air untuk memeriksanya," katanya.
Beliau berkata, wanita itu kemudian membawa mangsa ke Hospital Limbang yang mana kemudiannya disahkan meninggal dunia.
"Doktor yang memeriksa badan mangsa mendapati kesan lebam pada beberapa anggota badan mangsa, berbeza dengan dakwaan ibu tirinya," katanya.
Kematian kanak-kanak itu mengejutkan penduduk sekitar Limbang, sebuah bandar yang terletak berhampiran sempadan Brunei, 200km dari sini.
-- BERNAMA
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Kematian kanak-kanak tiga tahun di Limbang akibat ditekap sesuatu - Polis
Anda sekarang membaca artikel Kematian kanak-kanak tiga tahun di Limbang akibat ditekap sesuatu - Polis dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/kematian-kanak-kanak-tiga-tahun-di.html