Kejayaan Jun Hoong Rangsangan Hebat Kontijen Negara

Kejayaan Jun Hoong Rangsangan Hebat Kontijen Negara - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kejayaan Jun Hoong Rangsangan Hebat Kontijen Negara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kejayaan Jun Hoong Rangsangan Hebat Kontijen Negara
link : Kejayaan Jun Hoong Rangsangan Hebat Kontijen Negara

Baca juga


Kejayaan Jun Hoong Rangsangan Hebat Kontijen Negara

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyifatkan kejuaraan dunia yang dikecapi atlet terjun negara Cheong Jun Hoong merupakan tonik terbaik buat kontinjen negara untuk memburu kejayaan dalam temasya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 (KL2017), pada Ogos dan September ini.

Kejayaan demi kejayaan yang dikecapi atlet negara di persada antarabangsa, antaranya kejuaraan dunia oleh jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang pada April lepas diikuti prestasi menakjubkan Muhamad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London minggu lepas membuktikan latihan serta usaha yang berterusan bakal memberikan pulangan yang setimpal.

“Kejuaraan dunia kedua yang diraih Jun Hoong selepas kejayaan Azizulhasni ini pastinya akan memberikan satu rangsangan yang hebat terhadap persiapan kontinjen negara bagi menghadapi Sukan SEA nanti,” katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran barangan koleksi terhad KL2017 bersama penaja platinum Sukan SEA Kuala Lumpur, Petronas dan Telekom Malaysia (TM) di sini hari ini.

Mengenai kejayaan Jun Hoong yang merupakan kejayaan pertama atlet Malaysia dalam acara terjun di peringkat dunia, Khairy berkata ia suatu kejayaan di luar jangkaan.

“Itu bukan acara kegemaran beliau, namun jurulatihnya, Yang Zhuliang membuat keputusan untuk meletakkan beliau untuk beraksi acara itu dan satu kejutan yang besar telah berlaku,” katanya.

Pada majlis berkenaan, Petronas dan TM menghasilkan barangan edisi terhad antaranya anak patung Rimau, yang merupakan maskot rasmi untuk temasya ini, botol air, jersi, payung, magnet dan pelbagai barangan lain.

Khairy berkata selain merancakkan promosi KL2017, usaha Petronas dan TM itu akan memperluaskan peluang orang ramai untuk memiliki barangan istimewa KL2017 pada harga yang berpatutan.

“Cenderahati khas Petronas dan TM itu boleh menjadi penyeri kepada pelbagai inisiatif untuk menjadikan KL2017 sebagai satu temasya yang gemilang dan mempunyai tempatnya yang tersendiri dalam lipatan sejarah,” katanya. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Kejayaan Jun Hoong Rangsangan Hebat Kontijen Negara

Sekianlah artikel Kejayaan Jun Hoong Rangsangan Hebat Kontijen Negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kejayaan Jun Hoong Rangsangan Hebat Kontijen Negara dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/kejayaan-jun-hoong-rangsangan-hebat_21.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :