Kejam!.. Tengkorak Remaja Perempuan Pecah Dipukul

Kejam!.. Tengkorak Remaja Perempuan Pecah Dipukul - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kejam!.. Tengkorak Remaja Perempuan Pecah Dipukul, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kejam!.. Tengkorak Remaja Perempuan Pecah Dipukul
link : Kejam!.. Tengkorak Remaja Perempuan Pecah Dipukul

Baca juga


Kejam!.. Tengkorak Remaja Perempuan Pecah Dipukul

KUALA LUMPUR – Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun pecah  bahagian   tengkorak dipercayai dipukul dalam satu kejadian samun di rumahnya di Kampung Masjid, Kajang dekat sini, semalam.

Mangsa, Syazana Amirah Asshaari ditemui oleh ibunya Siti Rafiah Mansor, 48, dalam keadaan terbaring  di atas katil dengan keadaan berlumuran darah serta kecederaan di kepala, dagu dan mulut, kira-kira 11.15 pagi.

Siti Rafiah berkata beliau keluar bekerja awal pagi dengan mengambil upah mengemas rumah  dan  pulang ke rumah pada 11 pagi sebelum melihat keadaan anak bongsunya yang tidak sedarkan diri di dalam bilik.

“Saya terus minta tolong jiran untuk menghubungi ambulans untuk menghantar anak ke hospital, ” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini.

Katanya, ketika kejadian anak bongsu daripada lima beradik itu tinggal seorang diri di rumah memandangkan yang lain keluar bekerja.

Siti Rafiah berkata anaknya kini sedang mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi HKL dan berada dalam keadaan kritikal.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan dalam satu kenyataan  berkata  pemeriksaan mendapati tengkorak kepala mangsa di sebelah kiri dan kanan pecah dipercayai dipukul dengan objek tumpul dan tajam.

“Selain itu, ibu mangsa mendapati dua buah telefon bimbit serta dompet milik mangsa telah hilang,” katanya.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun  mendatangkan kecederaan.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta memaklumkan kepada polis atau boleh menghubungi pegawai penyiasat Insp Zazali Kenek di talian telefon 019-7100662. – BERNAMA

Video di bawah tiada kaitan dengan kes dia atas.

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Kejam!.. Tengkorak Remaja Perempuan Pecah Dipukul

Sekianlah artikel Kejam!.. Tengkorak Remaja Perempuan Pecah Dipukul kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kejam!.. Tengkorak Remaja Perempuan Pecah Dipukul dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/kejam-tengkorak-remaja-perempuan-pecah_8.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :