Kejam! anak orangutan dirantai antara dua bangunan selama setahun

Kejam! anak orangutan dirantai antara dua bangunan selama setahun - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kejam! anak orangutan dirantai antara dua bangunan selama setahun, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kejam! anak orangutan dirantai antara dua bangunan selama setahun
link : Kejam! anak orangutan dirantai antara dua bangunan selama setahun

Baca juga


Kejam! anak orangutan dirantai antara dua bangunan selama setahun

loading…
Kejam! anak orangutan dirantai antara dua bangunan selama setahun


Anak orangutan bernama Mingky ini telah dirantai dan dibiarkan berada di antara dua bangunan selama setahun dengan tiada sesiapa yang datang menyelamatkannya.

Wajahnya yang sayu dan sedih itu menggambarkan perasaannya bahawa manusia bertindak kejam kepadanya tanpa mempunyai perasaan prihatin dan belas kasihan.
Sumber : Orangutan Information Centre
Setelah diselamatkan, dikatakan orang yang telah mengambil anak orangutan itu mahu ia dirantai dan diletakkan di premisnya sebagai tatapan hiburan buat keluarganya.
Mingky masih bayi apabila ia telah ditangkap di dalam sebuah kebun berdekatan dengan hutan di Indonesia di mana Mingky dan ibunya tinggal. Disyaki ibunya telah dibunuh sebelum Mingky diambil keluar dari hutan.
Dalam bulan Februari, seorang lelaki yang telah menangkap Mingky telah memutuskan untuk menyerahkan Mingky kepada salah seorang rakannya. Dan rakannya itu memutuskan untuk meletakkan Mingky di satu tempat yang dia fikirkan terbaik iaitu di antara dua buah rumah.
Sumber : Orangutan Information Centre
Menurut Panut Hadisiswoyo yang merupakan pengasas dan pengarah Pusat Informasi Orangutan (OIC), “Lelaki itu mahu anak orangutan itu dirantai dipremisnya dan dijadikan tatapan hiburan bagi keluarganya.”
Mingky telah dirantai selama setahun, dengan rantai itu dilekatkan dilehernya dengan skru dan nat dilekatkan ke dinding. Mingky tidak diletakkan di sebuah tempat yang boleh ia berlindung. Hanya ia dibiarkan berada di antara dua bangunan konkrit yang dipisahkan dengan jarak 2 kaki sahaja.
Dengan ketiadaan ibunya yang tidak ketahui nasibnya, Mingky hanya dapat berpeluk tubuh dengan dirinya sendiri untuk tidur setiap hari selama setahun.
Sumber : Orangutan Information Centre
Pemiliknya akan melihatnya setiap hari untuk memberinya makan dengan buah-buahan dan jika ia bernasib baik, nasi akan diberikan.
Setiap hari selama setahun begitulah rutin hidup anak orangutan yang masih kecil ini. Seakan didera. Setiap hari ada sahaja orang yang melalui laluan sempit itu, akan tetapi tiada siapa yang peduli dan mahu menyelamatkan Mingky.
Akhirnya, selepas setahun, kesengsaraannya berakhir.
Sumber : Orangutan Information Centre
Pasukan Panut telah menemui anak orangutan jantan yang berusia 3 tahun ini. Semasa dijumpai, ia telah dirantai dan dibiarkan berada di antara dua bangunan dan keadaannya sangat menyedihkan.
Berdasarkan maklumat dalaman yang diperolehi, Mingky telah ditangkap secara haram dan diletakkan di sebuah rumah di pendalaman berdekatan bandar Blang Pidie, Barat Daya Aceh.
Pihak OIC dengan segera mendapatkan bantuan jabatan hidupan liar tempatan, setelah mengetahui pemilik Mingky telah melanggar undang-undang dengan menyimpan spesis larangan sebagai haiwan peliharaan.
Bersama pihak jabatan hidupan liar dan polis, pihak OIC telah tiba di tempat kejadian untuk menyelamatkan anak orangutan tersebut, yang mana penduduk kampung telah bersetuju untuk menyerahkan Mingky kepada mereka.
Panut berkata, “Pemilik Mingky telah bersetuju untuk menyerahkan orangutan itu kepada pasukan penyelamat.”
Sumber : Orangutan Information Centre
Lelaki ini juga menceritakan bagaimana rakannya yang telah menangkap Mingky sebelum ia diserahkan kepadanya.
Walaupun ia tahu memiliki haiwan larangan itu adalah salah di sisi undang-undang, lelaki itu tidak didakwa kerana mengambil kira dia mendapat orangutan itu dari rakannya dan dia juga secara sukarela bersetuju menyerahkan Mingky kepada pihak berkuasa.
Walaupun jelas dia mendera haiwan ini, dia telah terlepas dari tuduhan dengan begitu sahaja.
Walaupun pemilik itu tidak didakwa, pasukan penyelamat bertekad untuk melakukan apa sahaja yang mereka termampu untuk anak orangutan tersebut.
Mingky masih berasa trauma dengan melihat orang ramai yang datang melawatnya dan mahu mengambilnya. Ia bertindak liar dan agresif kerana takut dengan situasi yang pernah dialaminya. Mereka mengambil masa untuk menenangkan Mingky sebelum rantai itu dapat dileraikan dari lehernya.
Sumber : Orangutan Information Centre
Cerita sedih Mingky yang diselamatkan ini bukan satu-satunya cerita mengenai pemerdagangan haram haiwan larangan.
Di Thailand, Pertubuhan Sahabat Hidupan Liar Thailand (WFFT) telah menjumpai seekor monyet yang telah dikurung dan dirantai di antara dua bangunan di kota Bangkok selama 25 tahun. Amat menyedihkan.
Sumber : Orangutan Information Centre
Menurut pengasas WFFT, Edwin Wiek, “Saya telah melihat  kes haiwan yang menderita didera selama 17 tahun, tetapi tidak menyangka yang monyet ini menjadi salah satu kes 10 teratas yang memilukan.”
Dengan kebanyakan haiwan lain juga berisiko mengalami pengalaman yang sebegini, orangutan adalah spesis yang paling terancam di Indonesia apabila kebanyakan habitat mereka telah dimusnahkan untuk pembukaan ladang kelapa sawit dan ditambah dengan kes pemerdagangan haiwan larangan.
Bermula bulan Julai, spesis orangutan telah disenaraikan sebagai spesis dalam bahaya yang kritikal.
Sumber : Orangutan Information Centre
Bagi Mingky, mujur ia telah diselamatkan dari berterusan diperlakukan sedemikian rupa. Pasukan penyelamat telah menjumpainya di saat waktu yang terbaik dan dapat menghindarkan Mingky dari penderitaaan yang berpanjangan.
Sumber : Orangutan Information Centre
Walaupun Mingky mungkin tidak dapat bertemu dengan ibunya lagi, anak orangutan ini berada dalam jagaan Program Pemuliharaan Orangutan Sumatra (SOCP), yang mana ia telah dikuarantinkan terlebih dahulu sebelum diserapkan dalam program pemulihan.
Sekiranya segalanya berjalan dengan lancar, Mingky akan dibesarkan di SOCP dan akan dapat dilepaskan ke hutan apabila ia dewasa kelak.
OIC menulis yang Mingky berada dalam jagaan yang betul dan selamat. Pasukan OIC akan menyelamatkan lebih banyak orangutan di Sumatra kelak.
Adalah amat penting, mereka sentiasa mengawasi dan melihat apa-apa situasi yang membabitkan orangutan yang diganggu habitat dan kehidupan mereka. Populasi mereka semakin berkurangan tetapi mereka masih boleh diselamatkan.
loading…
kongsikan artikel ini

The post Kejam! anak orangutan dirantai antara dua bangunan selama setahun appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Kejam! anak orangutan dirantai antara dua bangunan selama setahun

Sekianlah artikel Kejam! anak orangutan dirantai antara dua bangunan selama setahun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kejam! anak orangutan dirantai antara dua bangunan selama setahun dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/kejam-anak-orangutan-dirantai-antara.html

Subscribe to receive free email updates: