Judul : Kasih ayah
link : Kasih ayah
Kasih ayah
Alor Gajah: Demi kasih terhadap anak lelaki yang pergi mendahuluinya, seorang pesara kerajaan sanggup membina stor untuk menyimpan ribuan buku, majalah dan surat khabar lama yang ditinggalkan arwah anaknya.
Mohamad Ismail, 75, sanggup mengeluarkan kos membina stor berukuran 3 x 6.7 meter semata-mata untuk memastikan tinggalan Allahyarham Amirudin, 50, itu disimpan dengan baik demi kasihnya terhadap arwah.
Mohamad yang lebih dikenali dalam kalangan penduduk Kampung Londang, Masjid Tanah di sini dengan panggilan Pak Long Zainal berkata, dia tidak sanggup membuang atau membakar buku, majalah dan surat khabar lama itu kerana amat sayangkan arwah yang meninggal dunia akibat barah usus pada 9 Julai lalu.
“Arwah tidak pernah meninggalkan sebarang pesan mengenai buku itu tetapi saya amat tersentuh apabila melihat buku, majalah dan surat khabar lama itu kerana saya tahu arwah memang gemar membeli dan membaca buku.
“Saya bina stor untuk menyimpan buku yang kebanyakannya masih tersimpan dalam kotak,” katanya ketika ditemui di kediamannya di kampung itu, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Kasih ayah
Anda sekarang membaca artikel Kasih ayah dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/kasih-ayah.html