Kanak-kanak Maut: Polis Tak Tolak Ada Unsur Dera

Kanak-kanak Maut: Polis Tak Tolak Ada Unsur Dera - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kanak-kanak Maut: Polis Tak Tolak Ada Unsur Dera, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kanak-kanak Maut: Polis Tak Tolak Ada Unsur Dera
link : Kanak-kanak Maut: Polis Tak Tolak Ada Unsur Dera

Baca juga


Kanak-kanak Maut: Polis Tak Tolak Ada Unsur Dera

SEGAMAT – Polis tidak menolak kemungkinan adanya unsur penderaan terhadap kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang ditemukan mati di bilik sewa di Jalan Ros di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat Supt Raub Selamat berkata berdasarkan maklumat awal, terdapat lebih 15 kesan lebam di tubuh kanak-kanak berkenaan termasuk di bahagian dada, kepala dan belakang badan serta kaki.

“Namun, siasatan terperinci berhubung perkara itu masih dijalankan walaupun terdapat kesan lebam lama dipercayai dipukul.

“Melalui pengakuan lisan, abang mangsa yang berstatus lembam mengaku ada memukul adiknya itu namun tidak dapat dipastikan sejak bila,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, di sini hari ini.

Beliau berkata ibu mangsa yang mempunyai dua rekod lampau berkaitan kes dadah dan mencuri turut disahkan sebagai penghidap HIV.

Raub berkata mayat kanak-kanak malang itu kini berada di Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.

Semalam, mangsa ditemukan mati dengan beberapa kesan lebam oleh ibunya di bilik sewa tingkat tiga premis rumah kedai di sini kira-kira 1 pagi, semalam.

Wanita berstatus ibu tunggal berusia 42 tahun itu mendakwa berpesan kepada anak lelakinya berumur 23 tahun supaya mengawasi kanak-kanak itu sebelum keluar menjalankan urusan di bandar Segamat.

Apabila ibu mangsa pulang ke rumah, wanita yang tidak bekerja itu melihat anak perempuannya terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum meminta bantuan jiran berhampiran menghubungi pihak hospital.

Petang tadi, kedua-dua suspek terbabit direman selama tujuh hari sehingga 16 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

– BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Kanak-kanak Maut: Polis Tak Tolak Ada Unsur Dera

Sekianlah artikel Kanak-kanak Maut: Polis Tak Tolak Ada Unsur Dera kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kanak-kanak Maut: Polis Tak Tolak Ada Unsur Dera dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/kanak-kanak-maut-polis-tak-tolak-ada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :