“Kalau Kami Tak Masukkan Anak Kami Dalam Program Ini, Mesti Nampak Janggal” – Yusri

“Kalau Kami Tak Masukkan Anak Kami Dalam Program Ini, Mesti Nampak Janggal” – Yusri - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “Kalau Kami Tak Masukkan Anak Kami Dalam Program Ini, Mesti Nampak Janggal” – Yusri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Kalau Kami Tak Masukkan Anak Kami Dalam Program Ini, Mesti Nampak Janggal” – Yusri
link : “Kalau Kami Tak Masukkan Anak Kami Dalam Program Ini, Mesti Nampak Janggal” – Yusri

Baca juga


“Kalau Kami Tak Masukkan Anak Kami Dalam Program Ini, Mesti Nampak Janggal” – Yusri

“Kalau Kami Tak Masukkan Anak Kami Dalam Program Ini, Mesti Nampak Janggal” – Yusri

Yusri dan Lisa kini sedikit terbuka dengan privasi keluarga. (Gambar: Mohamad Bakar)

Jika selama ini, baik Lisa Surihani mahupun Yusry Abdul Halim dilihat begitu bersikap protektif demi menjaga privasi keluarga terutama dalam mendedahkan anak mereka kepada kerdipan dan glamor dunia hiburan. Ia dapat dilihat ketika kehadiran anak sulung mereka Yahaira Leanne yang dilahirkan 15 September 2015 dan kini hampir genap dua tahun.

Namun kemunculan program infotaimen ebu Babypedia musim kedua yang masih mengekalkan Lisa dan Yusry sebagai perantara utama dan akan bersiaran mulai 26 Julai ini setiap jam 9 malam bagaimana pun menampilkan kelainan dengan hadirnya Yahaira pula sebagai penyeri.

Lalu apakah di situ prinsip pasangan itu selama ini sudah mula berubah sekali gus mengikut jejak beberapa rakan selebriti lain yang tampil dengan program membabitkan anak mereka sendiri?

Program tidak guna nama anak.

Namun Yusry menegaskan, eBu Babypedia tidak hanya semata-mata mengenai anak mereka tetapi lebih kepada perkongsian tips, petua dan info berguna kepada penonton yang berstatus ibu bapa terutamanya.

"Format program ini adalah infotaimen walaupun ada elemen realiti di dalamnya. Malah nama rancangan ini bukan menggunakan nama anak kami. Ia boleh saya katakan bersifat semi realiti.

"Kalau kami tak masukkan anak kami dalam program ini ia mungkin kelihatan janggal kerana ia mengenai perihal ibu bapa dalam membesarkan anak mereka.

“Untuk program itu pun, Yahaira tidak perlu mengikut semua jadual penggambaran sebaliknya anak kami muncul secara spontan. Tiada sebarang had dalam penampilan anak kami dalam rancangan itu. Kami juga tidak memaksanya untuk melakukan penggambaran. Misal kata, dia tiba-tiba muncul maka adalah terselit aksi dan wajahnya bersama kami," katanya.

Penggambaran ketika sarat mengandung anak kedua.

Sementara itu, Lisa memberitahu ketika penggambaran program itu dilakukan, dia sedang sarat mengandungkan Yusof ketika itu. Penggambaran memakan masa selama lebih 40 hari dan Lisa sekeluarga diberi cuti pada hari Jumaat.

“Musim pertama program ini melakukan penggambaran, saya baru lepas berpantang melahirkan Yahaira. Musim kedua memang mencabar kerana penggambaran dilakukan ketika saya tengah hamil lapan bulan anak kedua. Tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar dan dipermudahkan. Pengarah program ini pun bergelar ibu, jadi dia memahami saya tentang selok belok hal itu.

Fleksibiliti jadual memudahkan kerja.

“Jadual dan fasa komitmen yang diatur untuk penggambaran ini pun menyenangkan. Kehadiran Yahaira memberi suntikan semangat buat saya dan suami. Penggambaran pun lebih banyak dilakukan di dalam rumah berbanding musim pertama yang banyak dilakukan di luar. Jadi ia memudahkan saya yang berbadan dua.

“Pernah juga satu hari saya rasa macam mabuk dan pening, tetapi selepas melihat gelagat Yahaira semua itu hilang serta merta. Malah ketika melakukan penggambaran kali ini saya juga bagaikan berada dalam dua persimpangan di antara menjadi ibu dan pengacara,” kata Lisa.

Bergelar ibu kepada dua anak kini juga satu fasa yang tak pernah dijangka pelakon berbakat besar itu. Kehadiran anak kedua, Yusof Leonne sejak 23 April lalu terus menambah seri keluarga mereka. Yusof akan genap tiga bulan pada 23 Julai ini.

Kini punyai sepasang cahaya mata.

“Perubahan hidup saya sangat fantastic. Ia satu pengalaman yang sangat wonderful.  Saya memanjat kesyukuran ke atas Ilahi atas kurniaan cahaya mata dan keluarga ini. Dalam hati, eh! saya sudah ada dua anak.

“Yahaira sebagai kakak pun pada mulanya kekok dengan kehadiran adiknya. Cemburu pun ada juga. Tapi kini Alhamdulillah, dia saya lihat semakin biasa dengan suasana baru itu,” kata Lisa.

Mengenai ebu Babypedia musim kedua, Lisa berharap program infotainment dan edutainment itu akan terus memberi manfaat berguna kepada semua.

eBu Babypedia akan mula ditayangkan pada 26 Julai.

“Harap juga kasih sayang kami yang disalurkan ketika menjayakan program ini akan diterjemahkan kepada semua. Saya sendiri melihat program ini memberi manfaat berguna untuk diri sendiri. Jadi pastinya ia akan bermanfaat juga kepada yang menonton. Insya-Allah,” katanya.

eBu Babypedia musim kedua menampilkan 10 episod  akan disiarkan setiap Rabu mulai 26 Julai ini.

Ia disiarkan pada pukul 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Ia juga boleh ditonton menerusi platform Astro Go dan On Demand untuk akses mudah khususnya buat golongan ibu bapa yang muda.


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel “Kalau Kami Tak Masukkan Anak Kami Dalam Program Ini, Mesti Nampak Janggal” – Yusri

Sekianlah artikel “Kalau Kami Tak Masukkan Anak Kami Dalam Program Ini, Mesti Nampak Janggal” – Yusri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “Kalau Kami Tak Masukkan Anak Kami Dalam Program Ini, Mesti Nampak Janggal” – Yusri dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/kalau-kami-tak-masukkan-anak-kami-dalam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :