Judul : KAHWIN DAN CERAI DALAM TEMPOH 24 JAM ADALAH REKOD PALING SINGKAT DI TERENGGANU
link : KAHWIN DAN CERAI DALAM TEMPOH 24 JAM ADALAH REKOD PALING SINGKAT DI TERENGGANU
KAHWIN DAN CERAI DALAM TEMPOH 24 JAM ADALAH REKOD PALING SINGKAT DI TERENGGANU
Lumrah kehidupan rumahtangga memang banyak ragam dan pancarobanya. Namun begitu, ada juga yang belum sempat menikmati alam suka duka itu sudah bercerai dalam tempoh yang amat singkat.
Memetik sumber info, ada pasangan yang bercerai dalam tempoh 24 jam! Ia adalah tempoh perkahwinan paling singkat direkodkan Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKST).
Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd, berkata pasangan berusia antara 26 hingga 30 tahun dikesan paling ramai bercerai dengan kebanyakannya pasangan berkahwin kurang lima tahun.
Beliau berkata, fasa perkahwinan belum matang dalam tempoh lima tahun, menyebabkan ramai pasangan memilih perpisahan sebagai penyelesaian masalah yang sebahagian besarnya berpunca daripada ketidaksefahaman dan kewangan.
“Pasangan berusia antara 26 hingga 30 tahun itu paling ramai bercerai dengan kadar 19.3 peratus, diikuti pasangan 31 hingga 35 tahun (18.6 peratus) dan 17.2 peratus bagi pasangan berusia antara 21 hingga 25 tahun.
“Daripada segi jantina pula, 67 peratus yang memohon perceraian di mahkamah adalah wanita, manakala 33 peratus difailkan lelaki,” katanya.
Wan Mohd Zakri mengakui, ada beberapa kes perceraian yang direkodkan berpunca kerana masalah suami gila seks, selain ketidaksefahaman antara pasangan kerana bekerja syif.
“Memang tidak dinafikan kes ini berlaku tetapi kebanyakannya tidak direkodkan dalam afidavit sokongan, sebaliknya berbangkit ketika soal balas prosiding di hadapan hakim.
“Lebih menyedihkan, ada wanita yang memfailkan perceraian kerana tidak tahan sikap suami yang gila seks sehingga ke tahap mencederakan anggota sulit dan fizikalnya semata-mata mahu membangkitkan syahwat,” katanya.
Rekod juga menunjukkan, walaupun pasangan warga emas lazimnya dikaitkan mempunyai persefahaman tinggi kerana tempoh perkongsian hidup yang lama, perceraian dalam kalangan mereka masih berlaku apabila 5.1 peratus pasangan yang bercerai berusia di antara 61 hingga 86 tahun.
Katanya, Terengganu menduduki tangga kelima berbanding 13 negeri lain yang merekodkan kadar perceraian paling tinggi sejak 2015.
“Secara purata, Terengganu merekodkan antara 10,000 hingga 11,000 kadar perkahwinan setiap tahun. Perceraian pula membabitkan lebih 3,000 pasangan setiap tahun,” katanya.
Ammboi doakan semoga mereka yang membaca post ini dijauhkan dari perkara buruk alam rumahtangga. Semoga berbahagia selalu dan jadikan kes-kes di atas sebagai pengajaran. Insya Allah.
Category: INFO SEMASA
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel KAHWIN DAN CERAI DALAM TEMPOH 24 JAM ADALAH REKOD PALING SINGKAT DI TERENGGANU
Anda sekarang membaca artikel KAHWIN DAN CERAI DALAM TEMPOH 24 JAM ADALAH REKOD PALING SINGKAT DI TERENGGANU dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/kahwin-dan-cerai-dalam-tempoh-24-jam.html