Jumlah Transaksi JomPAY Meningkat 340 Peratus

Jumlah Transaksi JomPAY Meningkat 340 Peratus - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jumlah Transaksi JomPAY Meningkat 340 Peratus, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jumlah Transaksi JomPAY Meningkat 340 Peratus
link : Jumlah Transaksi JomPAY Meningkat 340 Peratus

Baca juga


Jumlah Transaksi JomPAY Meningkat 340 Peratus

KUALA LUMPUR – Jumlah transaksi JomPAY, penyedia perkhidmatan pembayaran bil, meningkat sebanyak 340 peratus dalam tempoh lima bulan pertama 2017 berbanding tempoh sama pada 2016, berikutan ramai pelanggan menyedari mengenai kemudahannya.

Pengarah Urusan Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn Bhd (MyClear), Peter Schiesser dalam kenyataan berkata sejak penubuhannya pada 2015, JomPAY telah berkembang menjadi perkhidmatan pembayaran bil dalam talian yang terbesar di Malaysia dengan 1,570 kod pengebil.

Ia merangkumi semua syarikat telekomunikasi, utiliti elektrik, perkhidmatan TV berbayar, penyedia utiliti air di 11 negeri, 98 pihak berkuasa tempatan, institusi pendidikan, syarikat insurans,broker saham, peniaga e-dagang, dan perniagaan perusahaan bersaiz kecil dan sederhana.

Perkhidmatan pembayaran bil JomPAY ditubuhkan dan dikendalikan oleh MyClear dengan kerjasama bank-bank di Malaysia.

Pada April 2017, MyClear melancarkan kempen “Be A-Class Ahead: JomPAY dan Menang’ dengan kerjasama bank-bank di Malaysia, yang menawarkan hadiah bernilai lebih RM1 juta, termasuk dua buah kereta Mercedes-Benz A200 AMG Line sebagai hadiah utama, selain rebat tunai bulanan dan mingguan.

Hari ini, ia mengumumkan pemenang bagi salah satu kereta Mercedes-Benz tersebut, iaitu Soon Chai Peng, yang menggunakan JomPAY untuk pembayaran pinjaman PTPTN.

“Kempen itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan bank di seluruh negara, menunjukkan tarikan kepada JomPAY.

“Kami mempunyai lebih 1.5 juta transaksi JomPAY sejak kempen itu bermula. Ia akan berlangsung sehingga 31 Julai, 2017. Kami akan memberikan sebuah lagi kereta Mercedes Benz A200 AMG pada Ogos, ” kata Schiesser. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Jumlah Transaksi JomPAY Meningkat 340 Peratus

Sekianlah artikel Jumlah Transaksi JomPAY Meningkat 340 Peratus kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jumlah Transaksi JomPAY Meningkat 340 Peratus dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/jumlah-transaksi-jompay-meningkat-340_8.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :