Judul : Johor sasaran pembangkang pada PRU14 - TPM Zahid
link : Johor sasaran pembangkang pada PRU14 - TPM Zahid
Johor sasaran pembangkang pada PRU14 - TPM Zahid
Selaku Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab terhadap Jabatan Pendaftaran Negara, beliau mengesan terdapat gerakan memindahkan pengundi sedang dilakukan ke negeri itu.
"Mereka (pembangkang) tumpu perhatian kepada Johor, mereka mahu rampas (Johor). PRU13 mereka sasar Negeri Sembilan (dan) jelas Negeri Sembilan bukan sahaja dapat pertahankan kerusi sedia ada tapi dapat menambah kerusi."Untuk Johor saya yakin bahawa walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh pembangkang, dan mereka telah mengenal pasti beberapa kerusi Parlimen dan DUN (Dewan Undangan Negeri) (untuk ditandingi), saya yakin Johor tetap jadi 'fixed deposit' UMNO dan BN," katanya.
Ahmad Zahid, Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden, berkata demikian dalam ucapan perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Jelebu di Kuala Klawang di sini.
Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Datuk Jalaluddin Alias, Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim dan Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta Ketua Pemerhati Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Johor sasaran pembangkang pada PRU14 - TPM Zahid
Anda sekarang membaca artikel Johor sasaran pembangkang pada PRU14 - TPM Zahid dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/johor-sasaran-pembangkang-pada-pru14_9.html