Judul : Jiran Depan Rumah Suka Sidai Pakaian Di Pagar Rumah Orang Apa Nak Buat
link : Jiran Depan Rumah Suka Sidai Pakaian Di Pagar Rumah Orang Apa Nak Buat
Jiran Depan Rumah Suka Sidai Pakaian Di Pagar Rumah Orang Apa Nak Buat
Ragam manusia ni banyak, ada yang biasa-biasa.ada juga yang pelik tapi memualkan sikit dan tak suka hidup bermasyarakat, almaklum laahidup dibandarlu-lugua-gua. Menerusi Shah Alam Residen, seorang pembaca memuatnaik gambar depan rumah milik rakannya.
Apa yang menariknya ialah diatas kawad pagar besi rumah kawannya itu, tersidai beberapa helai pakaian yang baru dibasuhNAMUN begitu, pakain tersebut bukanlah milik tuan punya rumah @ pagar itu..tetapi milik jirannya.
Tambah si pengadu lagi, hari-hari jirannya itu akan menyidai pakaian didepan rumah rakannya. Bahkan perbuatan jiran tersebut pernah ditegur, namun teguran itu tak pernah diendahkan
Salam n pagi warga SARS Nk tolong kawan saya ni.. Nk tanya pendapat semua.. Kalau jiran dpn umah hari2 (workdays n weeknd) dok sangkut jemuran kat pagar umh cm ni. cm ner nk buat.. Umah dia x lak disidai. Nak cntik jer org tengok.Dok sidai kat umah orang. Pernah dtegur tapi dia buat xtahu jer.. Lama2 mau roboh pago kawat ni.. Harap dapat mmberi sedikit cara sebelum pago roboh.. Hehe. Peace.
Komen pembaca lain turut meluahkan pengalaman masing-masing hidup berjiran
Seorang pembaca, AE menulis,Sy pun penah kena mcm ni ms tinggal kt sek 7. Jiran sblh bkn setakat sidai baju, dia sidai mop ngan kain buruk dan alas kaki sekali. Sy tegor hari2 dia kata sy x sidai kt pagar sy jadi dia TUMPANG sidai situ. Sy malas nk gado.. Malas nk cakap. Hati bengkak hari2.. Rumah dia lawa corner lot tembok tinggi2.. Rumah sy capuk2 dgn jemuran baju anak beranak dia Skrg sy da pindah denai alam. Dah aman hidup. Ni kes dulu di: jalan beril 7/18.. Pengalaman berjiran dgn family anak beranak tak de sivik!
Namun begitu seorang pembaca menggunakan nama LK pula mengomen, Benda kecik cik kak oiii..saya anak jiran siap tido,mkn kt umah saya bila mak dia kerja shift malam,saya siramkan pokok & kasi mkn kucing dia..Alhamdulillah bila isteri saya denggi masa saya diluar kawasan dia tolong hantar ke hospital,hantar makanan,melawat jaga anak & tunggu sampai discharge..bertepuk biar dua belah tangan..kita tak tau bila kita perlukan dia..
Apapun tak rugi sebenarnya kalau saling hormat menghormati dan mengambil hati jiran sendiriyang penting jangan hidup hanya pentingkan diri sendiri.
Apa pula komen anda?
Sumber: sehinggit
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Jiran Depan Rumah Suka Sidai Pakaian Di Pagar Rumah Orang Apa Nak Buat
Anda sekarang membaca artikel Jiran Depan Rumah Suka Sidai Pakaian Di Pagar Rumah Orang Apa Nak Buat dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/jiran-depan-rumah-suka-sidai-pakaian-di.html