Jemaah haji dinasihat berehat secukupnya

Jemaah haji dinasihat berehat secukupnya - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jemaah haji dinasihat berehat secukupnya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jemaah haji dinasihat berehat secukupnya
link : Jemaah haji dinasihat berehat secukupnya

Baca juga


Jemaah haji dinasihat berehat secukupnya

KUALA LUMPUR: Jemaah haji Malaysia dinasihatkan supaya mendapatkan rehat secukupnya sebelum berlepas ke Madinah, kata Pengurus Terminal Madinah 1438H Mohamad Zahir Hussin.

Menurut beliau, ini kerana jemaah haji akan melalui proses yang lama bermula dengan urusan pendaftaran di stesen berlepas masing-masing di tanah air, serta menempuh perjalanan yang jauh ke Madinah dan urusan lain di sini.

"Penerbangan ke Madinah dijangka mengambil masa sekitar lapan jam. Selepas tiba di Madinah, mereka perlu melalui proses Imigresen dan urusan lain sebelum dibawa ke hotel penginapan masing-masing.

Saya nasihatkan jemaah haji agar bersabar kerana proses yang akan dilalui mengambil masa lama," katanya pada sidang media di sini pada Sabtu, menjelang ketibaan kumpulan pertama jemaah haji Malaysia di Terminal Khas Haji Lapangan Terbang Putera Mohammad bin Abdulaziz di sini. pada Isnin (24 Julai).

Selepas proses Imigresen dan kesihatan selesai dilakukan pihak berkuasa Arab Saudi, beliau berkata jemaah haji akan dibawa keluar untuk melalui proses lain yang diuruskan pihak pengendali jemaah haji di Arab Saudi (Muasasah) untuk menentukan hotel dan urusan lain.

"Jemaah haji kemudian dibawa ke dewan rehat sementara menunggu bas dan proses pengesahan pasport yang akan diambil oleh Muasasah Arab Saudi. Selepas proses itu selesai, barulah jemaah dibawa menaiki bas ke hotel masing-masing sekitar Madinah," kata Mohamad Zahir.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan jemaah haji supaya mendapatkan maklumat terkini daripada Tabung Haji (TH) berhubung jadual penerbangan dan stesen berlepas bagi mengelak berdepan dengan masalah.

"Jemaah haji juga perlu memastikan dokumen penting termasuk pasport, lencana pengenalan haji, buku rekod kesihatan dan lain-lain yang dletakkan dalam beg sandang tidak tertinggal di dalam pesawat," katanya.

Mohamad Zahir berkata 15 petugas TH akan mengendalikan urusan ketibaan jemaah haji di Madinah bagi memastikan segalanya berjalan lancar.

"Kebiasaannya jemaah haji, sebaik keluar daripada pesawat apabila mereka melihat petugas haji berada di terminal, itu sudah cukup menenangkan mereka," katanya.

Sementara itu, Pengurus Pengendalian Bagasi Madinah 1438H, Ramlan Saino berkata setiap bagasi jemaah haji akan diletakkan label dan pelekat yang tertera nombor bas serta nama hotel dan nombor bilik di Madinah.

"Petugas haji akan menguruskan penghantaran bagasi jemaah ke hotel masing-masing sekitar Madinah," katanya.

-- BERNAMA


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Jemaah haji dinasihat berehat secukupnya

Sekianlah artikel Jemaah haji dinasihat berehat secukupnya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jemaah haji dinasihat berehat secukupnya dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/jemaah-haji-dinasihat-berehat-secukupnya.html

Subscribe to receive free email updates: