Jasa Veteran ATM Terus Diberi Perhatian Sewajarnya

Jasa Veteran ATM Terus Diberi Perhatian Sewajarnya - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jasa Veteran ATM Terus Diberi Perhatian Sewajarnya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jasa Veteran ATM Terus Diberi Perhatian Sewajarnya
link : Jasa Veteran ATM Terus Diberi Perhatian Sewajarnya

Baca juga


Jasa Veteran ATM Terus Diberi Perhatian Sewajarnya

Jasa Veteran ATM Terus Diberi Perhatian Sewajarnya

Kerajaan sentiasa prihatin terhadap kebajikan veteran ATM dalam meneruskan kehidupan mereka. (Gambar: Persatuan Veteran ATM - Facebook)

Jasa dan sumbangan yang dicurahkan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada negara tidak boleh dipertikaikan. Perjuangan mereka adalah mempertahankan kedaulatan dan keamanan tanah air selama ini. 

Sehingga Mac tahun lalu, dilaporkan jumlah veteran ATM di seluruh negara dianggarkan seramai 375,000 orang merangkumi mereka yang berpencen atau tidak berpencen.

Seramai 140,000 bekas tentera ini merupakan ahli Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM), manakala 150,000 bekas anggota ATM berdaftar dengan 51 kelab atau persatuan veteran lain.

PENGIKTIRAFAN KERAJAAN MALAYSIA 

Sebilangan pihak menuduh kerajaan mengabaikan nasib veteran ATM. Hakikatknya, kerajaan tidak pernah melupakan mereka malah menyediakan pelbagai inisiatif dalam menjamin kebajikan veteran ATM terus terbela selain menghargai pengorbanan dan jasa mereka selama ini. 

Inisiatif tersebut termasuk 1Malaysia Veteran House Repair Programme (1MVHRP), Skim Bantuan Persekolahan, Skim Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam,Skim Bantuan Perubatan e-mass, Poliklinik Angkatan Tentera dan Bayaran Insentif Khas Insurgensi. 

Bagaimanapun, kerajaan juga mengambil insiatif mewujudkan Skim Bantuan Sara Hidup, Skim Bantuan Bencana Alam, Program Recognition Prior Experiential Learning (RPEL), One Stop Centre dan dan lain-lain lagi demi menjamin kehidupan mereka terus diberi perhatian. 

INISIATIF BAHARU UNTUK VETERAN ATM  

Perkembangan terbaru, kerajaan akan melancarkan Kempen Tabung Pahlawan 2017 untuk veteran ATM. Kempen Tabung Pahlawan itu bertujuan mengumpul sumbangan bagi mengisi tabung kebajikan PVATM yang mewakili veteran ATM. 

Dana yang terkumpul melalui tabung itu akan digunakan untuk kebajikan veteran ATM dan keluarga mereka yang kurang bernasib baik termasuk balu kepada veteran ATM yang terkorban sewaktu bertugas. 

Pelancaran Kempen Tabung Pahlawan 2017 dijadualkan berlangsung pada 31 Julai 2017 bersempena Perhimpunan Veteran di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC), Seri Kembangan, Selangor. 

Perhimpunan yang dianjurkan oleh Kementerian Pertahanan bersempena sambutan Hari Pahlawan 2017 itu bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

"Saya amat berharap agar segala usaha dan pendekatan yang kita laksanakan ini berupaya membantu menambahbaik aspek kebajikan veteran ATM serta keluarga mereka. 

"Kerajaan khususnya Kementerian Pertahanan tidak akan sesekali berhenti berusaha. Sebaliknya, kita akan terus menggembleng tenaga dan melakukan apa sahaja yang termampu demi membalas jasa dan bakti veteran ATM," kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam satu kenyataan mengenai perhimpunan itu, kelmarin. 

Beliau juga memaklumkan Perdana Menteri dijangka mengumumkan beberapa inisiatif penambahbaikan lain bagi memperkukuh usaha membela nasib dan memelihara kebajikan veteran ATM serta keluarga mereka. 

OBJEKTIF PERHIMPUNAN 

Hishammuddin seterusnya menyenaraikan lima objektif Kementerian Pertahanan menganjurkan Perhimpunan Veteran ATM tersebut: :

  1. Menunjukkan solidariti veteran ATM kepada kepimpinan negara yang bersungguh-sungguh memperjuangkan kebajikan veteran ATM. 
  2. Menjadi wadah utama untuk veteran ATM menyampaikan aspirasi mereka kepada pihak Kerajaan.
  3. Menjadi wadah untuk pemimpin utama negara menyampaikan mesej kepada veteran ATM berkenaan usaha-usaha Kerajaan dalam memacu pembangunan negara.
  4. Membuka peluang kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) mengemaskini data dan maklumat veteran ATM merangkumi veteran ATM berpencen dan tidak berpencen.
  5. Menyelia aktiviti persatuan-persatuan veteran ATM agar selari dengan matlamat dan objektif pembangunan negara.

First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Jasa Veteran ATM Terus Diberi Perhatian Sewajarnya

Sekianlah artikel Jasa Veteran ATM Terus Diberi Perhatian Sewajarnya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jasa Veteran ATM Terus Diberi Perhatian Sewajarnya dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/jasa-veteran-atmterus-diberi-perhatian.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :