Judul : Jasa, Pengorbanan Wanita UMNO Perlu Dihargai
link : Jasa, Pengorbanan Wanita UMNO Perlu Dihargai
Jasa, Pengorbanan Wanita UMNO Perlu Dihargai
KOTA KINABALU – Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman meminta pemimpin parti itu memberi pengiktirafan dan penghargaan sewajarnya kepada anggota Wanita yang banyak berjuang dan setia menjadi tulang belakang parti.
Katanya Wanita UMNO banyak berjasa dalam membantu parti itu dan Barisan Nasional (BN) untuk memenangi pilihan raya umum lepas dengan turun padang dan masuk kampung bertemu pengundi.
“UMNO tidak boleh menang tanpa Wanita. Jadi apabila menang dalam pilihan raya jangan pula pinggirkan mereka (wanita UMNO)…itu tidak adil,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Sepanggar di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Wanita UMNO Sepanggar yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid.
Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata pengiktirafan dan penghargaan itu pula perlu disertakan dengan bukti, bukan sekadar di mulut.
“Dalam pilihan raya kita pergi berperang bersama-sama dengan Wanita dan setelah perang kita menang dan kemenangan itu perlu dibahagikan bersama. Contohnya beri Wanita kesempatan untuk mengisi pelbagai jawatan penting dalam kerajaan kerana sumbangan mereka besar,” katanya.
Pada masa sama, beliau menasihatkan agar pemimpin Wanita parti komponen BN turut mencontohi semangat kerja yang ditunjukkan oleh Wanita UMNO.
“…jangan sambil lewa kerana kalau sudah menang pilihan raya manafaatnya akan dikongsi bersama,” katanya.
Sementara itu, Tajuddin berharap Sabah terus menjadi deposit tetap UMNO dan BN kerana negeri tersebut akan terus menerima pulangan yang tinggi.
“Sabah mendapat pulangan seperti banyak pembangunan yang akan diberikan oleh kerajaan. Oleh itu jangan mudah terpedaya dengan segala tomahan yang dikeluarkan oleh pihak pembangkang kerana mereka hanya ingin merampas deposit berkenaan,” katanya.
Beliau turut meluahkan rasa selesanya dengan persiapan yang dilakukan UMNO Sabah, khususnya sayap Wanita, dalam menghadapi pilihan raya akan datang.
“Saya percaya Wanita UMNO terus menjadi tulang belakang dan membantu parti dalam menghadapi pilihan raya akan datang,” katanya. – BERNAMA
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Jasa, Pengorbanan Wanita UMNO Perlu Dihargai
Anda sekarang membaca artikel Jasa, Pengorbanan Wanita UMNO Perlu Dihargai dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/jasa-pengorbanan-wanita-umno-perlu_22.html