Judul : Jangan Ikut Jejak Langkah Dr Mahathir – Azlan Man
link : Jangan Ikut Jejak Langkah Dr Mahathir – Azlan Man
Jangan Ikut Jejak Langkah Dr Mahathir – Azlan Man
KANGAR – Anggota UMNO tidak harus mengikut jejak langkah Tun Dr Mahathir Mohamed yang mahu menjatuhkan Barisan Nasional (BN) dan UMNO pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) apabila rancangan atau niat beliau tidak tercapai.
Menteri Besar yang juga timbalan pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata sebaliknya berkata anggota UMNO harus berdamai dengan ‘takdir’ mereka dan menerima keputusan ramai.
“Allah SWT telah menetapkan qada dan qadar masing-masing. Terimalah takdir apabila kehendak kita ditolak, bukan memusuhi sehingga sanggup bekerja keras hendak menumbangkan parti.
Kita akui jasa Tun Dr Mahathir terhadap negara dan parti tetapi beliau enggan berdamai dengan takdirnya,” kata Azlan sewaktu berucap merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Wanita UMNO bahagian Kangar di sini, hari ini.
Katanya begitu juga anggota UMNO yang berhasrat menjadi calon atau perwakilan G7 hendaklah bekerja kuat tetapi hendaklah bersatu kembali mengukuhkan perpaduan apabila tidak terpilih, bukan mengambil tindakan menentang parti seperti yang dilakukan oleh bekas perdana menteri itu.
“Saya sendiripun tidak tahu akan dipilih menjadi calon lagi atau tidak. Jika tidak, saya terima takdir diri saya namun tidak sekali-kali menjadi seperti Dr Mahathir pada hari ini adalah musuh parti yang bekerja keras untuk Pakatan Harapan,” katanya.
Azlan yang juga Ketua UMNO bahagian Kangar mengingatkan di saat-saat akhir menjelang PRU14, parti-parti komponen BN dan UMNO tidak boleh berpecah belah sebaliknya setia bersama parti dan patuh kepada pemimpin untuk mencapai kemenangan.
Mengenai Wanita, Menteri Besar itu yakin peranan pergerakan tersebut amat besar dan signifikan dalam memastikan BN mencapai kejayaan pada PRU14 kelak.
“Untuk menghadapi PRU14, saya lebih yakin dengan strategi menemui pengundi dalam kumpulan kecil kerana lebih berkesan berbanding membuat perhimpunan besar-besaran,” katanya.
Azlan berkata beliau akan membawa cadangan Ketua Wanita yang juga ketua Wanita bahagian Kangar, Rela Ahmad supaya kaum wanita turut diberi peluang menyertai program haji 1MDB. – BERNAMA
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Jangan Ikut Jejak Langkah Dr Mahathir – Azlan Man
Anda sekarang membaca artikel Jangan Ikut Jejak Langkah Dr Mahathir – Azlan Man dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/jangan-ikut-jejak-langkah-dr-mahathir_29.html