Judul : Izara Aishah, Adib Khalid Bertunang
link : Izara Aishah, Adib Khalid Bertunang
Izara Aishah, Adib Khalid Bertunang
PASANGAN hot Izara Aishah dan Adib Khalid mengikat tali pertunangan pada petang Jumaat selepas 3 tahun menyulam cinta.
Perkhabaran gembira itu dikongsi oleh penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza yang juga ibu tiri kepada Adib, 27, dan juga ibu kandung lelaki itu Tengku Zawyah Tengku Izham menerusi beberapa foto yang dimuat naik di laman Instagram milik mereka.
Menerusi gambar-gambar yang dimuat naik para tetamu yang hadir, keluarga Adib terlebih dahulu merisik Izara, 25, sebelum melangsungkan majlis pertunangan.
Izara kelihatan anggun dengan persalinan berwarna kuning pastel manakala rombongan pihak lelaki sedondon dengan pakaian berwarna coklat.
Adib merupakan ketua pegawai eksekutif (CEO) Tune Studios.
Tiada tarikh kahwin diumumkan setakat ini namun mereka dikatakan bakal melangsungkan pernikahan pada akhir tahun ini.-MYNEWSHUB.CC/SK
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Izara Aishah, Adib Khalid Bertunang
Anda sekarang membaca artikel Izara Aishah, Adib Khalid Bertunang dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/izara-aishah-adib-khalid-bertunang_7.html