Isu terpaksa hidup menyewa di ruang parkir dengan bayaran RM200 sebulan, Ibu tunggal mengaku ‘tersilap cakap’ sedangkan tinggal di rumah 2 tingkat

Isu terpaksa hidup menyewa di ruang parkir dengan bayaran RM200 sebulan, Ibu tunggal mengaku ‘tersilap cakap’ sedangkan tinggal di rumah 2 tingkat - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu terpaksa hidup menyewa di ruang parkir dengan bayaran RM200 sebulan, Ibu tunggal mengaku ‘tersilap cakap’ sedangkan tinggal di rumah 2 tingkat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu terpaksa hidup menyewa di ruang parkir dengan bayaran RM200 sebulan, Ibu tunggal mengaku ‘tersilap cakap’ sedangkan tinggal di rumah 2 tingkat
link : Isu terpaksa hidup menyewa di ruang parkir dengan bayaran RM200 sebulan, Ibu tunggal mengaku ‘tersilap cakap’ sedangkan tinggal di rumah 2 tingkat

Baca juga


Isu terpaksa hidup menyewa di ruang parkir dengan bayaran RM200 sebulan, Ibu tunggal mengaku ‘tersilap cakap’ sedangkan tinggal di rumah 2 tingkat

Seorang ibu tunggal di sini, mengakui tersilap cakap ketika menceritakan mengenai kehidupannya kepada pemberita sepertimana disiarkan dalam akhbar dan televisyen tempatan sebelum ini.

‘Saya tersilap cakap’

Nor Azlina Mohd Noor, 39, dikatakan hidup menyewa di ruang letak kereta dengan bayaran RM200 sebulan.

Nor Azlina berkata, semua itu tidak benar.

“Saya mohon maaf dan semua itu tidak benar. Sebenarnya rumah yang diduduki sekarang adalah milik keluarga dan tidak disewa sepertimana dilaporkan.

“Rumah ni dua tingkat di mana saya tinggal di tingkat bawah manakala kakak di tingkat atas.

“Saya mengakui tersalah cakap dan berlaku salah faham sebelum ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Masjid Lama, Pohon Chelagi, di sini.

Dia ditemui semasa menerima kunjungan Ketua Umno Bahagian Pasir Mas, Senator Datuk Hanafi Mamat.

Menurutnya, dia sama sekali tidak menyangka perkara tersebut akan menjadi serius sehingga menyebabkan hidupnya terganggu dengan berita berkenaan.

Dia berkata, dengan penjelasan tersebut diharap dapat menamatkan segala kontroversi yang berlaku.

Sementara itu, Hanafi berkata, hasil kunjungan tersebut mendapati Nor Azlina tidak menyewa ruang letak kereta sebaliknya tinggal di rumah keluarga.

“Dia juga turut menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan untuk persekolahan dua anaknya.

“Hasil perbualan kami, dia hanya mempunyai masalah dari segi tunggakan bil elektrik serta bumbung bocor,” katanya.

Menurutnya, Umno Pasir Mas akan cuba membantu menyelesaikan masalah tersebut dengan meluluskan bantuan dengan segera.

Sebelum ini, sebuah akhbar tempatan sebelum ini melaporkan Nor Azlina bersama dua anaknya yang berusia sembilan dan tujuh tahun terpaksa menjadikan ruang letak kereta sebagai tempat berteduh semenjak empat tahun lalu dengan sewa RM200 sebulan.

Laporan akhbar itu menjadi tular sehingga mencetuskan kontroversi apabila ada yang mencampuradukkan isu itu dengan masalah politik.

Sumber: Sinar Harian

Loading...

First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Isu terpaksa hidup menyewa di ruang parkir dengan bayaran RM200 sebulan, Ibu tunggal mengaku ‘tersilap cakap’ sedangkan tinggal di rumah 2 tingkat

Sekianlah artikel Isu terpaksa hidup menyewa di ruang parkir dengan bayaran RM200 sebulan, Ibu tunggal mengaku ‘tersilap cakap’ sedangkan tinggal di rumah 2 tingkat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isu terpaksa hidup menyewa di ruang parkir dengan bayaran RM200 sebulan, Ibu tunggal mengaku ‘tersilap cakap’ sedangkan tinggal di rumah 2 tingkat dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/isu-terpaksa-hidup-menyewa-di-ruang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :