Judul : Isteri Marah-marah Sebab Gaji Suami Kecil, Bila Dah Meninggal Baru Rasa Menyesal!
link : Isteri Marah-marah Sebab Gaji Suami Kecil, Bila Dah Meninggal Baru Rasa Menyesal!
Isteri Marah-marah Sebab Gaji Suami Kecil, Bila Dah Meninggal Baru Rasa Menyesal!
Isteri Marah-marah Sebab Gaji Suami Kecil, Bila Dah Meninggal Baru Rasa Menyesal!
Ceritanya di sini saya nak share tentang hidup saya yang tragis disebabkan sikap panas baran saya sendiri sebagai seorang perempuan dan isteri, saya juga ada EGO yang sangat-sangat tinggi mengalahkan perempuan lain.
Tapi disebabkan saya perempuan maka saya rasakan saya semuanya betul, ceritanya saya sudah 3 tahun berkahwin dengan seorang lelaki yang muda 7 tahun dari saya. Saya bekerjaya di sektor kerajaan pangkat yang tinggi, manakala suami pula hanya ada SPM.
Suami bergaji rendah dan jawatan pun kontrak je, gaji pun tak tentu. Saya dari Selatan dan suami dari Pantai Timur. Hubungan kami memang ok. Saya panas baran dan suami pun baran, cuma kelebihan suami saya ini, dia cepat belajar mengawal semua tu. Dia tahu masa bila nak marah dan marah tengok pada situasi yang betul.
Masa awal perkahwinan memang tak dapat kawal lagi. Lama kelamaan dia dapat control semua tu dengan baik. Saya pula selalu sindir-sindir dia kata ego lelaki tinggi. Sedangkan ego saya sendiri memang lagi tinggi. Pangkat tinggi, gaji tinggi, suami kerja di sektor swasta, dia bergaji rendah tapi dia tak pernah sesekali lupakan tanggungjawab dia memberikan nafkah pada saya.
Belikan barang dapur, cuma saya pernah bergaduh dengan dia dan mengungkit macam-macam yang saya korbankan. Bayangkanlah saya marah dia bila semua benda tu tak kena pada mata dan fikiran waras saya.
Saya terlalu ikutkan emosi. Saya tahu perempuan bila period atau ada harinya memang akan moody lain macam. Suami saya ringan tulang bantu buat kerja rumah seperti cuci pinggan mangkuk, kemas ruangan dapur, sapu rumah dan buang sampah.
Dia selalu tolong ironkan pakaian saya, ye memang itu tugas suami kalau menurut Islam. Yang menjadi masalahnya sikap panas baran dan emosi saya. Banyak kali saya bergaduh disebabkan hal yang kecil.
Saya banyak memarahi suami, hingga tak beri peluang untuk dia jelaskan apa-apa. Pernah 5,6 kali kami bergaduh besar, dia marah saya dan saya melawan, hinggalah dia menangis dan minta maaf.
Dia cakap dia tak suka saya marah-marah, dia tak suka tengok muka saya marah dengan suara yang tinggi pada dia. Sampai saya sendiri ngaku pada dia "memang aku isteri derhaka".
Derhaka sebab tinggikan suara pada dia dan selalu mencari kesalahan dia. Saya selalu rasa saya betul, dan saya langsung tak pernah minta maaf pada dia walau sekali pun selepas gaduh.
Sebaliknya dia yang minta maaf menangis-nangis. Dia kata biarlah kawan-kawan dia cakap dia suami takut bini pun, yang penting dia hormatkan saya sebab tu dia mengalah. Saya memang teruk bila marah, tinggikan suara, tarik muka pada suami, tak pelawa suami makan waktu tengah marah.
Share Post
Ya Allah, saya sedih bila teringatkan balik sikap melampau saya ini, saya banyak terpengaruh dengan ayat-ayat di FB yang mengatakan hak isteri, tanpa saya sedar hak isteri boleh dibangkitkan untuk suami yang tidak ada tanggungjawab.
Saya selalu share post-post di FB berkenaan dengan hati seorang perempuan, tanggungjawab seorang suami, tanpa saya sedar pun sebenarnya suami dah jalankan tugas dia dengan baik. Perempuan di luar sana, jangan salahkan lelaki bila mereka dirampas perempuan lain yang lebih lembut dan tidak biadap macam saya.
Tapi salahkan diri sendiri, gaji suami memang rendah, selalu bergaduh pasal tu, saya selalu perasan waktu tidur, saya terjaga nampak dia solat. Kadang-kadang saya dalam keadaan mamai pun masih perasan suami di sebelah tak tidur.
Dia tenung saya, dia cium dahi saya, kadang-kadang tu basah bantal dia dengan airmata. Dia pernah mengaku dia tak boleh selalu dipersalahkan oleh saya dalam macam-macam perkara.
Datang ambil saya lepas habis kerja pun saya marah dia mengamuk sedangkan dia sakit, tak tahu kenapa sikap saya melampau, saya banyak derhaka pada suami sendiri, saya rasakan saya saja yang betul dalam segala hal.
Kami tidak ada anak selepas setahun kahwin. Biasa lelaki akan jadikan isu untuk menyalahkan isteri tapi lain pula cerita pada saya. Saya yang selalu menyalahkan dia cakap dia tak berusaha untuk dapatkan anak, sedangkan dia berkali-kali cakap 'INSYAALLAH KALAU ADA REZEKI'... serious memang dia lain sangat dengan lelaki lain tapi rasa bersyukur tu tak pernah ada dalam diri, ego saya tetap tinggi, entahlah.
Satu hari tu suami saya jatuh sakit, kepala sakit, darah keluar kat hidung, bila check-check je ade ketumbuhan di otak, stage yang kritikal. Dalam kisah lain, lelaki baik yang ada wife macam saya ni akan dirampas perempuan lain tapi kisah saya, dia dijemput ALLAH.
Selepas 3 tahun kami berkahwin, barulah saya sedar, ALLAH nak suami saya yang baik tu. Mungkin ALLAH tak nak suami saya terus sakit bila dengan saya. Macam-macam sakit, dia banyak terasa hati, mental, saya dah buat dia menderita dengan sikap saya yang tak boleh ditegur baik, yang tak boleh di nasihat, yang asyik mencari kesalahan dia.
Betapa teruknya saya dan betapa rendahnya iman saya walaupun berpangkat tinggi, tak makan dek nasihat dan teguran sebab saya betul semuanya dan dia salah.
Bila ALLAH dah ambil dia dari saya, barulah saya tersedar semua. Selama ini ada orang datang jemput saya balik dari kerja, lambat mana pun dia usaha untuk sampai ambil saya. Selama ini ada orang yang tolong kemaskan rumah, tolong cuci pinggan mangkuk, tolong ironkan pakaian saya, tolong saya masak di rumah, tolong basuhkan pakaian kadang-kadang, gaji dia rendah tapi dia kuat usaha walaupun tak cukup nak mewahkan saya dengan gaji dia.
Walaupun saya banyak ungkit bagi dia duit belanja minyak moto dan kereta nak pergi kerja, dia juga rajin kemaskan cadar katil dan selimut, arwah suami saya baru 3 bulan dapat tawaran jawatan tetap di sebuah syarikat GLC dengan gaji yang tinggi berdasarkan pengalaman kerja dia.
Tapi ALLAH dah ambil dia dari saya dan dalam masa yang sama juga, saya disahkan mengandung anak pertama kami.. ALLAHURABBI!
Saya bukan sengaja menceritakan keburukan diri saya sendiri tapi cerita saya ini untuk peringatan pada semua isteri dan bakal-bakal isteri yang membaca kisah ini. Selain tu, suami di luar sana juga jangan pernah lepaskan tanggungjawab sebagai suami, cuma isteri jangan melampau macam saya bila dapat suami yang baik.
Bila dia dah tak ada baru saya sedar semua kesilapan dan kejahilan saya. Barulah saya menyesal yang tiada guna, saya sedar saya insan yang tidak pernah kenal erti bersyukur dikurniakan seorang lelaki yang baik.. paling sedih saya tak sempat nak minta maaf pada dia sepanjang perkahwinan kami.
Walaupun tiap kali bergaduh dia selalu cakap dia sentiasa maafkan saya dan mohon maaf pada saya, sekarang kandungan saya dah berusia 28 minggu...inilah hadiah terakhir arwah untuk saya.
Saya bertaubat, saya akan jaga anak abiy ini dengan penuh kasih sayang, maafkan sayang...
Sumber: Fanpage Kisah Rumah Tangga
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Isteri Marah-marah Sebab Gaji Suami Kecil, Bila Dah Meninggal Baru Rasa Menyesal!
Anda sekarang membaca artikel Isteri Marah-marah Sebab Gaji Suami Kecil, Bila Dah Meninggal Baru Rasa Menyesal! dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/isteri-marah-marah-sebab-gaji-suami.html