Isteri dedah Aliff Aziz dah banyak kali kantoi! wanita itu adik pelakon terkenal

Isteri dedah Aliff Aziz dah banyak kali kantoi! wanita itu adik pelakon terkenal - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isteri dedah Aliff Aziz dah banyak kali kantoi! wanita itu adik pelakon terkenal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isteri dedah Aliff Aziz dah banyak kali kantoi! wanita itu adik pelakon terkenal
link : Isteri dedah Aliff Aziz dah banyak kali kantoi! wanita itu adik pelakon terkenal

Baca juga


Isteri dedah Aliff Aziz dah banyak kali kantoi! wanita itu adik pelakon terkenal

ISTERI pelakon Aliff Aziz, 27, Bella Astillah mengesahkan dikasari ketika menemui suaminya bersama seorang wanita yang didakwa seorang pelakon di sebuah pusat hiburan di Cheras, petang semalam.

Bella ketika dihubungi berkata, ini adalah kali pertama dia dikasari Alif sehingga cedera di muka dan lutut.

Baca artikel sebelum: Aliff Aziz belasah isteri dalam pantang ditangkap polis

“Dia marah apabila saya merakam gambarnya bersama wanita itu dan merampas telefon bimbit di tangan saya.

“Ketika itu kami bergelut manakala telefon saya dipegang oleh wanita terbabit yang cuba memadam bukti itu.

“Akibat pergelutan itu saya luka di dahi dan lutut,” katanya.

Menurut Bella, ini bukan kali pertama suaminya ‘kantoi’ menjalin hubungan dengan wanita itu yang juga adik kepada seorang pelakon wanita terkenal.

“Saya dapat tahu Alif ada wanita lain ketika sarat hamil. Sudah banyak kali ‘kantoi’. Walaupun sedih saya memaafkan dia pada Ramadan lalu.

“Bagaimanapun saya tidak sangka, mereka masih keluar berdua meskipun wanita itu tahu saya kini dalam pantang. Saya juga sudah menasihati wanita itu supaya tidak mendekati alif lagi tetapi dia tidak peduli.

“Malah, dia menegaskan sudah mempunyai teman lelaki dan Alif yang mencarinya.

“Saya ada bukti mereka menjalin hubungan termasuklah perbualan di aplikasi WhatsApp,” katanya.

Bella mendakwa, wanita itu sering mengganggu suaminya di set penggambaran drama ketika mereka menjayakan drama Izinkan Aku Mencintaimu.

“Ramai kru mengadu wanita ini menggoda suami saya. Bukan niat saya mahu menyalahkan sesiapa tetapi apa yang berlaku ini memang tidak patut.

“Sebagai wanita, dia sepatutnya faham status Alif dan keadaan saya yang masih berpantang,” €katanya yang mendirikan rumah tangga dengan Alif pada November tahun lalu dan baru menimang anak lelaki berusia 20 hari.

Terdahulu, media melaporkan seorang penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura ditahan polis petang semalam atas kesalahan membelasah isterinya di sebuah pusat karaoke di Cheras.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin dilaporkan berkata, dalam kejadian kira-kira 4.30 petang, isteri penyanyi itu yang masih dalam pantang ke premis terbabit bersama ibunya sebelum menemui lelaki berkenaan bersama seorang wanita dalam satu bilik karaoke.

Sumber: Harian Metro

Loading...

First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Isteri dedah Aliff Aziz dah banyak kali kantoi! wanita itu adik pelakon terkenal

Sekianlah artikel Isteri dedah Aliff Aziz dah banyak kali kantoi! wanita itu adik pelakon terkenal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isteri dedah Aliff Aziz dah banyak kali kantoi! wanita itu adik pelakon terkenal dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/isteri-dedah-aliff-aziz-dah-banyak-kali.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :