ISA minta anggota UMNO terima, sokong calon PRU pilihan PM

ISA minta anggota UMNO terima, sokong calon PRU pilihan PM - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ISA minta anggota UMNO terima, sokong calon PRU pilihan PM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ISA minta anggota UMNO terima, sokong calon PRU pilihan PM
link : ISA minta anggota UMNO terima, sokong calon PRU pilihan PM

Baca juga


ISA minta anggota UMNO terima, sokong calon PRU pilihan PM

PORT DICKSON: Anggota Parlimen Jempol Tan Sri Mohd Isa Samad meminta anggota UMNO menerima secara terbuka dan memberi sokongan penuh terhadap siapa sahaja yang dipilih sebagai calon pilihan raya umum (PRU) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Bila dah diletakkan calon, jangan persoalkan. Terima saja dan kita terus buat kerja kita bagi memastikan kemenangan BN (Barisan Nasional).

"Bila masyarakat tengok kita bersatu hati, orang yang bukan ahli pun akan tertarik untuk mengundi calon kita," kata Mohd Isa yang juga Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang ketika ditemui pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Mukim Pasir Panjang di sini malam tadi.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Pasir Panjang Ramli Aziz berharap pucuk pimpinan parti akan meletakkan calon yang dekat di hati masyarakat setempat untuk bertanding di kawasan Parlimen Teluk Kemang pada PRU ke-14.

"Bila kita buat kajian, turun padang bertemu masyarakat setempat, kita tengok masalah calon antara punca kekalahan BN di PRU yang lepas.

"Bila calon luar yang bertanding, pengundi tak kenal, sebab itu kena letak calon tempatan yang disukai masyarakat dan yang berjasa kepada kawasan Teluk Kemang," katanya yang ditemui di majlis sama.

Kawasan Parlimen Teluk Kemang kini disandang Datuk Kamarul Baharin Abbas daripada Parti Keadilan Rakyat yang merampas kerusi itu daripada penyandang Datuk S. Sothinathan pada PRU 2008 sebelum mempertahankannya pada PRU 2013 dengan menewaskan calon BN dan calon Bebas.

-- BERNAMA


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel ISA minta anggota UMNO terima, sokong calon PRU pilihan PM

Sekianlah artikel ISA minta anggota UMNO terima, sokong calon PRU pilihan PM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ISA minta anggota UMNO terima, sokong calon PRU pilihan PM dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/isa-minta-anggota-umno-terima-sokong.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :