Inilah Amalan Yang Boleh Membantu Kita Keluar Daripada Segala Kesempitan. Selepas Amalkannya, Rezeki Akan Datang Melimpah. In Shaa Allah.Perkongsian Dari Ustaz Mohamad Hasbi Hassan..

Inilah Amalan Yang Boleh Membantu Kita Keluar Daripada Segala Kesempitan. Selepas Amalkannya, Rezeki Akan Datang Melimpah. In Shaa Allah.Perkongsian Dari Ustaz Mohamad Hasbi Hassan.. - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Inilah Amalan Yang Boleh Membantu Kita Keluar Daripada Segala Kesempitan. Selepas Amalkannya, Rezeki Akan Datang Melimpah. In Shaa Allah.Perkongsian Dari Ustaz Mohamad Hasbi Hassan.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Inilah Amalan Yang Boleh Membantu Kita Keluar Daripada Segala Kesempitan. Selepas Amalkannya, Rezeki Akan Datang Melimpah. In Shaa Allah.Perkongsian Dari Ustaz Mohamad Hasbi Hassan..
link : Inilah Amalan Yang Boleh Membantu Kita Keluar Daripada Segala Kesempitan. Selepas Amalkannya, Rezeki Akan Datang Melimpah. In Shaa Allah.Perkongsian Dari Ustaz Mohamad Hasbi Hassan..

Baca juga


Inilah Amalan Yang Boleh Membantu Kita Keluar Daripada Segala Kesempitan. Selepas Amalkannya, Rezeki Akan Datang Melimpah. In Shaa Allah.Perkongsian Dari Ustaz Mohamad Hasbi Hassan..

Meneruskan kehidupan di zaman sekarang ini amat berat cabarannya, terutama soal kewangan. Bekerja siang malam, demi kelangsungan hidup. Tapi ada juga yang hasilnya cuma kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Setiap rezeki ini sebenarnya atas sandaran dan keberkatan dariNya. Video yang dikongsikan oleh Penerbit, Content Creator, Vlogger, Sujimy Mohamad yang menemubual Ustaz Hasbi Hassan, Presiden Singapore Islamic Scholars & Religious Teachers Association (PERGAS) menghadiahkan amalan untuk membantu seseorang keluar dari segala kesempitan hidup. Insya-Allah.

Amalan Mudah Ikut
Ini amalan yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w kepada seseorang yang datang mengadu padanya tentang hidupnya yang dirundung kesempitan hidup.
1. Beri Salam
Bila pulang dan ada orang di rumah, Rasulullah s.a.w minta kita beri salam.
"Assalammualaikum warah matullahi wabarakatuh"
Maksudnya: "Semoga keselamatan, keberkahan dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai Anda/kalian."
Bila tiada orang di rumah, Rasulullah minta beri salam kepada diri Baginda sebagaimana ucapan yang biasa disebut dalam tahiyat akhir.
"Assalamu'alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh"
Maksudnya: "Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya."


2. Baca Surah Al-Ikhlas
Selepas beri salam pada orang yang di rumah atau pada Rasulullah s.a.w bacalah surah Al-Ikhlas.
Dalam riwayat yang lain diceritakan kalau seseorang membaca surah Al-Ikhlas

  • 1 kali - Dirinya akan diberkati.
  • 2 kali - Dirinya diberkati, ahli keluarganya diberkati.
  • 3 kali - Dirinya diberkati, ahli keluarganya diberkati, jiran tetangganya diberkati.
"Hatta jiran tetangga yang bukan Islam sekali pun Allah berkati. Cuma cara keberkatan itu berbeza. Bagi kita pula Allah berkati apabila hidup kita dengan mereka berbaik-baik, tak bergaduh, tak berbalah. Itulah keberkatannya."

Kisah Orang Yang Mendatangi Rasulullah s.a.w
Selang beberapa waktu, selepas orang itu mengamalkan apa yang Rasulullah s.a.w ajar, dia datang kembali kepada Baginda dan memberitahu hidupnya sudah berubah.
Kalau dulu sempit, sekarang jadi lapang. Dulu susah, sekarang jadi senang. Dulu rezekinya sempit, sekarang melimpah-limpah kepada jiran tetangganya. Mereka pun mendapat sama keberkatan yang diamalkan.

Tapi masa yang sama seseorang perlulah BERUSAHA. Maksud daripada amalan tersebut. Allah tunjukkan jalan-jalannya. Macam mana nak lapangkan kehidupan, kita kenalah berusaha. Bukan bermakna Rasulullah s.a.w ajar kita tak buat apa-apa atau berpeluk tubuh saja. Bukan begitu.
Perubahan Hidup Seseorang Dari Seberang Tambak
Seseorang dari Seberang Tambak pernah bertemu Ustaz Hasbi. Waktu itu dia berhadapan masalah yang sama. Hidupnya susah, rezekinya sempit. Macam-macam problem dihadapi. Beliau beritahu tentang amalan ini padanya. Dia amalkan dan selang beberapa bulan, orang itu bertemu kembali Ustaz Hasbi menyatakan perubahan yang dialami.
Begitulah dalam meniti kehidupan ini, berusahalah untuk menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w dengan banyak membaca surah Al-Ikhlas.
Semak Video Amalan Lapangkan Kehidupan & Luaskan Rezeki.

Sumber, Foto & Video: Sujimy Mohamad Official Page, shakirwebblog.blogspot.my

First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Inilah Amalan Yang Boleh Membantu Kita Keluar Daripada Segala Kesempitan. Selepas Amalkannya, Rezeki Akan Datang Melimpah. In Shaa Allah.Perkongsian Dari Ustaz Mohamad Hasbi Hassan..

Sekianlah artikel Inilah Amalan Yang Boleh Membantu Kita Keluar Daripada Segala Kesempitan. Selepas Amalkannya, Rezeki Akan Datang Melimpah. In Shaa Allah.Perkongsian Dari Ustaz Mohamad Hasbi Hassan.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Inilah Amalan Yang Boleh Membantu Kita Keluar Daripada Segala Kesempitan. Selepas Amalkannya, Rezeki Akan Datang Melimpah. In Shaa Allah.Perkongsian Dari Ustaz Mohamad Hasbi Hassan.. dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/inilah-amalan-yang-boleh-membantu-kita.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :