Ikan Pekasam Tingkat Harga Ikan Bernilai Rendah

Ikan Pekasam Tingkat Harga Ikan Bernilai Rendah - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ikan Pekasam Tingkat Harga Ikan Bernilai Rendah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ikan Pekasam Tingkat Harga Ikan Bernilai Rendah
link : Ikan Pekasam Tingkat Harga Ikan Bernilai Rendah

Baca juga


Ikan Pekasam Tingkat Harga Ikan Bernilai Rendah

KUANTAN – Dalam usaha memberikan nilai tambah terhadap ikan yang bernilai rendah, Jabatan Perikanan Pahang mengambil inisiatif menyediakan Kursus Ikan Pekasam khususnya kepada golongan nelayan pantai di negeri ini.

Pengarah Perikanan Pahang Datuk Adnan Hussain berkata langkah itu juga dilakukan bagi mengelakkan golongan nelayan ini menanggung kerugian dan pulang dengan tangan kosong setelah seharian memerah keringat di laut.

“Terdapat sesetengah nelayan pantai kadangkala hanya mendapat hasil tangkapan ikan yang mempunyai nilai yang rendah seperti ikan belanak, menyebabkan ada  antara mereka membuang semula ikan ini dan ada juga menjualnya sebagai ikan baja dengan pendapatan tidak seberapa.

“Tindakan itu telah menyebabkan mereka terpaksa menanggung rugi dengan kos menangkap ikan di laut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian penutup Kursus Penyelenggaraan Enjin Sangkut dan Ikan Perkasam Nelayan Pantai oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani negeri Datuk Shafik Fauzan Sharif di sini, semalam.

Sehubungan itu, Adnan berkata kursus berkenaan diperkenalkan bagi membolehkan nelayan mendapat pulangan yang lebih berbanding hanya bergantung dengan hasil jualan ikan segar.

Beliau berkata, ini juga kerana ikan pekasam turut mempunyai permintaan yang tinggi terutama di sebelah utara Semenanjung.

Untuk peringkat awal katanya, seramai 40 nelayan pantai menyertai kursus selama dua hari itu dan ia akan diteruskan di daerah lain dalam usaha untuk mendedahkannya kepada lebih ramai nelayan pantai di negeri ini. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Ikan Pekasam Tingkat Harga Ikan Bernilai Rendah

Sekianlah artikel Ikan Pekasam Tingkat Harga Ikan Bernilai Rendah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ikan Pekasam Tingkat Harga Ikan Bernilai Rendah dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/ikan-pekasam-tingkat-harga-ikan_5.html

Subscribe to receive free email updates: