Judul : Ibu dan anak berteduh di McDonald selama setahun, diberikan bantuan tetapi akhirnya hilangkan diri tanpa sebarang berita
link : Ibu dan anak berteduh di McDonald selama setahun, diberikan bantuan tetapi akhirnya hilangkan diri tanpa sebarang berita
Ibu dan anak berteduh di McDonald selama setahun, diberikan bantuan tetapi akhirnya hilangkan diri tanpa sebarang berita
Kira-kira beberapa hari lalu, media sosial dikejutkan dengan berita mengenai kisah anak-beranak yang terpaksa berteduh selama setahun di restoran McDonald cawangan Petaling Jaya selepas mereka diusir keluar kerana gagal membayar sewa bilik.
Kredit: Facebook/Justin Cheah
Kisah ibu dan anak lelakinya ini telah mendapat perhatian pengarah projek Kechara Soup Kitchen Society, Justin Cheah selepas beliau menerima panggilan daripada seorang sukarelawan awal pagi Ahad lalu.
Kredit: MalaysiaKini
Menerusi status yang dimuatnaik oleh Justin di Facebooknya bertarikh 23 Julai, Justin menyatakan bahawa salah seorang ahli sukarelawan bernama Tze Ni telah menghubunginya pada jam 2.10 pagi bagi melaporkan mengenai penemuan dua orang gelandangan di McDonald berdekatan The Curve.
Kredit: Facebook/Justin Cheah
Si ibu yang berusia 61 tahun dan anak lelakinya yang berusia 23 tahun dikatakan telah menetap di restoran tersebut sejak setahun yang lalu. Justin kemudian segera datang ke lokasi tersebut bagi menemui dan menghulurkan bantuan kepada kedua-duanya.
“Mereka kelihatan sudah lama menjadi gelandangan berdasarkan kepada penampilan luaran dan bau badan mereka. Apabila saya cuba menawarkan makanan kepada mereka, mereka menolak walaupun sudah beberapa hari tidak makan.”
Justin kemudian meneruskan sesi perbualan dan mendapati Puan Mah menjadi gelandangan setelah kehilangan pekerjaan sebagai tukang cuci. Suaminya pula sudah lama meninggal dunia dan anaknya Wong pula yang lembam hanya belajar sehingga ke Darjah Enam.
Justin dan Tze Ni serta beberapa orang rakannya turut memberikan beberapa bantuan kepada kedua-dua gelandangan ini. Mereka telah dibawa ke sebuah hotel di Imbi dan dilengkapkan dengan beberapa helai pakaian dan wang tunai.
Kredit: Facebook/Justin Cheah
Malah, Justin turut mencadangkan untuk membawa ibu dan remaja lelaki tersebut mendapatkan pekerjaan. Akan tetapi, dua hari kemudian Justin sekali lagi memuatnaik status berkenaan anak-beranak tersebut.
Kredit: Facebook/Justin Cheah
Menurutnya, kedua-dua mereka meninggalkan hotel pada pagi keesokan harinya. Malah, katil mereka juga tidak berusik, pakaian dan pelbagai lagi barangan lain yang diberikan kepada mereka juga tidak diambil. Insiden ini membuatkan Justin terpinga-pinga dengan apa yang berlaku.
Kredit: Facebook/Justin Cheah
Pada pendapat Justin, kemungkinan Puan Mah dan Wong tidak berasa selesa dengan bantuan yang diberikan dan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan perkara tersebut. Apa-apa pun, Justin berjanji akan meneruskan usaha pencarian kedua-dua anak-beranak ini.
Gambar di bawah menunjukkan usaha Justin dalam mencari Puan Mah dan Wong di sekitar The Curve, Damansara pada 28 Julai 2017 jam 12.22 tengah malam.
Kredit: Facebook/Justin Cheah
Semoga Justin berjaya menjejaki mereka dengan kadar segera. Sesungguhnya mereka sangat memerlukan bantuan daripada insan yang baik hati seperti Justin.
Sumber: Facebook/Justin Cheah
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Ibu dan anak berteduh di McDonald selama setahun, diberikan bantuan tetapi akhirnya hilangkan diri tanpa sebarang berita
Anda sekarang membaca artikel Ibu dan anak berteduh di McDonald selama setahun, diberikan bantuan tetapi akhirnya hilangkan diri tanpa sebarang berita dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/ibu-dan-anak-berteduh-di-mcdonald.html