Hotel yang unik rasa selamat di sini Review hotel ini pasti akan membuatkan anda teringin pergi bercuti

Hotel yang unik rasa selamat di sini Review hotel ini pasti akan membuatkan anda teringin pergi bercuti - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hotel yang unik rasa selamat di sini Review hotel ini pasti akan membuatkan anda teringin pergi bercuti, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hotel yang unik rasa selamat di sini Review hotel ini pasti akan membuatkan anda teringin pergi bercuti
link : Hotel yang unik rasa selamat di sini Review hotel ini pasti akan membuatkan anda teringin pergi bercuti

Baca juga


Hotel yang unik rasa selamat di sini Review hotel ini pasti akan membuatkan anda teringin pergi bercuti

1.png

Pengguna di Malaysia kini ramai menggunakan aplikasi tempahan bilik hotel secara online kerana ia lebih memudahkan dan menjimat. Dengan wujudnya pelbagai aplikasi yang menawarkan pelbagai tawaran dan keistimewaan menyebabkan pesaingan menjadi semakin rancak. Akan tetapi, adakah iklan-iklan bilik hotel dan rating yang diberikan di aplikasi tersebut benar-benar menggambarkan keadaan hotel itu yang sebenarnya?

Seperti yang dikongsikan oleh Abang Fadli, alangkah terkejutnya melihat ‘keunikan’ bilik hotel yang didiaminya di Shah Alam. Dalam lima aplikasi yang digunakannya, rata-rata menunjukkan rating yang ‘bolehlah’, tetapi apabila tiba di hotel tersebut. Indah khabar dari rupa.

Menginap di sebuah hotel ‘tiada’ bintang (ingatkan tiga bintang!) yang terletak di Shah Alam. Menurut aplikasi Tripadvisor, hotel ini bertaraf dua bintang. Online booking dalam 60%.

Ini sebuah pengalaman yang berharga. Jangan salahkan saya jika anda tiba-tiba terasa hendak pergi bercuti.

1.jpg

Bilik tidur. Lihat lampu meja, sangat unik.

2.jpg

Lampu meja yang mempunyai bentuk yang sangat unik dan kreatif. Terasa nak beli satu.

3.jpg

Lantai lif 3D. Jika dipijak, jubinnya kelihatan bergerak-gerak. Sangat teruja dengan kecanggihan lantai lif hotel ini.

4.jpg

Lantai lif secara dekat. Jika anda bosan, boleh juga main susun-susun. Ia seperti puzzle dalam lif. Wow!

5.jpg

Dari dalam lif. Pintu lif telah dicorakkan dengan mural yang penuh dengan seni. Nampak tak? Siapa yang tak nampak, maksudnya…

6.jpg

Setelah keluar dari lif, disambut pula dengan hiasan dinding yang sangat menarik.

7.jpg

Litar-litar elektrik juga dipaparkan secara kreatif.

8.jpg

Boleh lihat secara dekat. Sebagai cadangan, wayar-wayar itu boleh lagi dikemaskan dengan corak anyaman.

10.jpg

Pemadam api juga menggunakan teknologi yang terkini iaitu pemadam api lutsinar. Saya berasa sungguh selamat.

11.jpg

Bilik yang tidak menggunakan tombol pintu. Mungkin menggunakan imbasan retina atau suara?

12.jpg

Tombol pintu yang kreatif.

13.jpg

Melalui tingkap bilik. Boleh menlihat pemandangan yang indah.

14.jpg

Suis elektrik yang menawan.

15.jpg

Lampu bilik pun meriah.

16.jpg

Televisyen yang sangat mengikut arus kemodenan.

17.jpg

Suis elektrik yang sangat selamat.

18.jpg

Tempat atas barangan tandas yang lutsinar dan unik.

19.jpg

Besi langsir tandas yang sangat bersinar. Mungkin tertakhtakan tembaga.

20.jpg

Wallpaper bilik tandas yang season dan very hipster.

21.jpg

Penyangkut almari yang efektif.

23.jpg

Alat kawalan jauh televisyen yang mempunyai penutup bateri yang lutsinar. Anda tidak pelru lagi tercari-cari alat kawalan jauh yang hilang. warna merah itu menarik perhatian. Bravo!

Setelah diperiksa di laman Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC), hotel ini hanya bertaraf INN dan tidak mempunyai sebarang bintang ataupun orkid.

Tetapi di laman booking hotel secara online, ia menunjukkan keputusan carian seperti yang tersenarai di bawah, yang mana telah membuatkan saya terperdaya.

  • Booking – 4 star hotel with 5.3/10 rating
  • Traveloka – 3 stars with 6.5/10 rating
  • Agoda – 2 stars with 63/100 rating
  • Trivago – 3 stars with 63/100 rating
  • Expedia 3.5 stars with 38/100 rating

Kesimpulannya, ini cuma hotel taraf INN dan tiada bintang yang diiktirafkan oleh MOTAC. So, no wonder. But shame on online agents website!

Sumber: Abang Fadli

Orang ramai yang ingin bercuti diingatkan berhati-hati bila memilih hotel yang ingin ditempah. Sekiranya mahu kepastian yang lebih terperinci, contohi cara yang dilakukan oleh Abang Fadli agar anda tidak terperdaya dan mengalami kerugian.

Sumber: thereporter


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Hotel yang unik rasa selamat di sini Review hotel ini pasti akan membuatkan anda teringin pergi bercuti

Sekianlah artikel Hotel yang unik rasa selamat di sini Review hotel ini pasti akan membuatkan anda teringin pergi bercuti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hotel yang unik rasa selamat di sini Review hotel ini pasti akan membuatkan anda teringin pergi bercuti dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/hotel-yang-unik-rasa-selamat-di-sini.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :