Hospital Melaka Perlu 500 Hingga 600 Beg Darah Seminggu

Hospital Melaka Perlu 500 Hingga 600 Beg Darah Seminggu - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hospital Melaka Perlu 500 Hingga 600 Beg Darah Seminggu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hospital Melaka Perlu 500 Hingga 600 Beg Darah Seminggu
link : Hospital Melaka Perlu 500 Hingga 600 Beg Darah Seminggu

Baca juga


Hospital Melaka Perlu 500 Hingga 600 Beg Darah Seminggu

MELAKA – Hospital Melaka memerlukan purata 500 hingga 600 unit beg darah seminggu bagi memenuhi keperluan Tabung Darah untuk rakyat di negeri ini, kata Ketua Unit Tabung Darah hospital itu Dr Noramiza Mat Amin.

Justeru, beliau menyeru orang ramai supaya sedar tentang kepentingan menderma darah yang boleh menyelamatkan nyawa insan lain dan tampil menderma darah untuk bersama menampung keperluan tersebut.

Katanya sebelum ini hospital itu pernah mengalami kekurangan bekalan darah pada Hari Raya Aidilfitri kerana kekurangan penderma, namun kini bekalan darah terutama jenis O semakin stabil  berikutan kempen yang dijalankan pihaknya.

“Sumbangan yang dihulur mungkin nampak kecil, namun memberi impak besar kepada mereka yang memerlukan. Kempen (derma darah) ini antara lain turut mengajak semua golongan masyarakat untuk menyertai aktiviti menderma darah yang merupakan amalan murni selain tidak mendatangkan sebarang kemudaratan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata hospital berkenaan kini sedang mempergiat usaha menjalankan kempen menderma darah bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan yang lazimnya berlaku pada musim perayaan.

Katanya program derma darah kini berlangsung seperti biasa namun perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Berikut merupakan jadual kempen derma darah yang berlangsung di Melaka, minggu ini:

  1. Rabu, 5 Julai, Pasar raya Tesco Cheng, 12 tengah hari hingga 5 petang.
  2. Khamis, 6 Julai, kantin kilang Ansell, Ayer Keroh mulai 9 pagi hingga 1 tengah hari.
  3. Jumaat, 7 Julai, Dewan Makan, Kolej Jururawat Hospital Melaka bermula 3 petang hingga 6 petang.
  4. Sabtu, 8 Julai, Pasar raya Econsave Sungai Udang bermula pada 11 pagi hingga 5 petang.
  5. Sabtu, 8 Julai, Tabung Darah Hospital Melaka bermula pada 11 pagi hingga 4 petang.
  6. Ahad, 9 Julai, Mydin Pulau Sebang dan Mydin Jasin bermula pada 12 tengah hari hingga 5 petang.- BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Hospital Melaka Perlu 500 Hingga 600 Beg Darah Seminggu

Sekianlah artikel Hospital Melaka Perlu 500 Hingga 600 Beg Darah Seminggu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hospital Melaka Perlu 500 Hingga 600 Beg Darah Seminggu dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/hospital-melaka-perlu-500-hingga-600_97.html

Subscribe to receive free email updates: