Judul : Herbalife Nutrisi Taja Atlet Kebangsaan Sukan SEA 2017
link : Herbalife Nutrisi Taja Atlet Kebangsaan Sukan SEA 2017
Herbalife Nutrisi Taja Atlet Kebangsaan Sukan SEA 2017
KUALA LUMPUR- Syarikat nutrisi global terkenal, Herbalife mengumumkan penajaan bagi tempoh setahun untuk atlet-atlet kebangsaan iaitu Irene Chong, Rikigoro Shinozuka, Edan Syah dan Adiq Husainie.
Melalui penajaan ini, para atlet yang terpilih bakal menerima tajaan berbentuk wang tunai serta produk kesihatan nutrisi dan prestasi sukan.
Tajaan yang diberikan kepada atlet kebangsaan ini juga merupakan sebahagian daripada program tajaan dibawah Herbalife Nutrition yang menunjukkan komitmen Herbalife ke arah kehidupan yang lebih sihat dan aktif menerusi kebaikan nutrisi.
Sebelum ini, syarikat Herbalife telah mengumumkan tajaan bagi atlet kebangsaan yang bertanding di Sukan Olimpik 2017 yang telah berlangsung di Austria pada Mac yang lalu.
Tajaan dan sokongan penuh daripada pihak Herbalife juga turut diberian kepada pemain skuasy kebangsaan, Low Wee Wern.
Bagi Pengurus Kanan Herbalife Nutrition Malaysia, Steve Chin, mereka berasa sangat berbesar hati dan bangga kerana dapat emnaja atlet-atlet kebangsaan yang merupakan sumper inspirasi rakyag Malaysia untuk mereka mengamalkan gaya hidup sihat dan cerdas.
“Tambahan pula, kami berbesar hati kerana dapat membekalkan nutrisi yang secukupnya untuk para atlet yang hebat ini. Yang mana juga turut ebrsesuaian dengan bidang sukan dan rutin latihan mereka yang berlainan”, ulas Steve lagi.
Barisan atlet hebat ini yang masing masing menjadi wakil sukan yang berbeza juga ketika ditemui tadi berasa bersemangat untuk menjalankan sesi latihan mereka.
Bagi atlet triathlon, Irene Chong dan Rikigoro Shinozuka, masing-masing akan mewakili Malaysia di Temasya Sukan SEA 2017 yang bakal berlangsung berbaki lagi 22 hari di Kuala Lumpur.
Edan Syah, iaitu pemegang rekod pelari marathon terpantas pada taahun 2016, baru-baru ini telah dinobatkan gelaran ‘Fastest Southeast Asian Marathoner’ dan juga gelaran ‘Fastest Malaysian’ ketika di Gold Coast Airport Marathon tahun lalu.
Manakala bagi pelumba basikal negara, Adiq Husainie pula, beliau telah melayakkan diri ketika berada dalam senarai ‘Top 20’ di pertandingan Tour De Lombok Stage 4. Beliau kini sedang bekerja keras bagi Temasya Sukan SEA 2017.
Selaku Pengarah Kanan dan Pengurus Besar Sub-Serantau, Herbalife Nutrition Malaysia & Singapura, Sridhar Rajagopalan berharap dengan penajaan yang diberikan, para atlet akan lebih bersemangat dan mencapai kejayaan di temasya sukan tersebut nanti.
“Bagi atlet-atlet kebangsaan yang bernaung di bawah tajaan kami, semoga anda berjaya kerana kami tahu mereka ini telah bekerja keras untuk mencapai matlamat mereka. Mereka adalah pencetus inspirasi bagi rakyat Malaysia dalam membudayakan gaya hidup sihat yang sihat dan aktif, disokong pula dengan kebaikan dan keseimbangan nutrisi”, ulasnya lagi
Dengan terlaksananya tanda tangan antara para atlet dan pihak Herbalife tengahari tadi, secara rasminya penajaan ini telah dijalankan secara rasmi.-MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Herbalife Nutrisi Taja Atlet Kebangsaan Sukan SEA 2017
Anda sekarang membaca artikel Herbalife Nutrisi Taja Atlet Kebangsaan Sukan SEA 2017 dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/herbalife-nutrisi-taja-atlet-kebangsaan_27.html