Judul : Hanez Hormat Permintaan Suami
link : Hanez Hormat Permintaan Suami
Hanez Hormat Permintaan Suami
Aktres Hanez Suraya, 32, tidak akan aktif lagi dalam lakonan bagi menghormati permintaan suami, Romie Razin Adilha Abdul Jais, 37.
Memetik laporan BH online, Hanez berkata, suaminya mahu beliau memberikan tumpuan terhadap keluarga.
“Suami tidak mengizinkan saya berlakon dan mahu saya tumpukan perhatian pada keluarga, terutamanya anak yang masih kecil.
“Jujurnya, saya dan suami sedang berusaha untuk menambah zuriat memandangkan usia saya juga makin bertambah,” katanya.
Hanez juga tidak menolak tanggapan suaminya cemburu dan kurang gemar apabila beliau tidak berada di rumah dalam tempoh masa yang lama.
Wanita yang mula mencuri tumpuan menerusi watak antagonis dalam drama Love You Mr Arrogant ini berkata, minat terhadap dunia seni bagaimanapun tidak pernah padam.
Hanez mendirikan rumah tangga dengan Romie pada Mac 2015. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Aleesya, yang kini berusia setahun.
The post Hanez Hormat Permintaan Suami appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Hanez Hormat Permintaan Suami
Anda sekarang membaca artikel Hanez Hormat Permintaan Suami dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/hanez-hormat-permintaan-suami.html