Guru Penentu Kejayaan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Guru Penentu Kejayaan Pendidikan Awal Kanak-Kanak - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Guru Penentu Kejayaan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guru Penentu Kejayaan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
link : Guru Penentu Kejayaan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Baca juga


Guru Penentu Kejayaan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

TANJUNG MALIM – Bakat setiap individu yang bergelar guru merupakan faktor penting kepada kejayaan penyampaian ilmu terutama di peringkat pendidikan awal kanak-kanak, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan.

Beliau berkata perkembangan kesedaran di peringkat pengusaha pusat pendidikan kanak-kanak, tadika termasuk taska di negara ini menjadikan guru yang berbakat serta berkemahiran tinggi menjadi lebih signifikan.

“Kesedaran ibu bapa kepada keperluan persediaan anak-anak untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan fasa perkembangan seterusnya menjadikan guru yang bijak berinovasi dengan bakatnya, menjadi penting,” katanya ketika merasmikan Kongres Kebangsaan Guru-guru Tadika 2017 di Kampus Sultan Azlan Shah di sini hari ini.

Menjelas lanjut, Kamalanathan berkata bidang pendidikan merupakan aktiviti penting dalam menjayakan semua projek pembangunan termasuk ekonomi dan pembangunan sosial di negara ini.

Dalam pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025, kepentingan dan peranan guru dalam pendidikan sejajar dengan matlamat pembangunan mampan dan Transformasi Nasional 2050 (TN50) iaitu dasar futuristik bersifat holistik dan inklusif untuk generasi baharu, katanya.

“Trend pertumbuhan industri pendidikan sejak tiga tahun kebelakangan ini menunjukkan permintaan tinggi kepada tenaga pengajar profesional dan ia bukan sahaja kelulusan akademik semata-mata, malah melibatkan kepentingan potensi dan bakat guru pendidikan awal kanak-kanak,” katanya.

Kongres dua hari itu danjurkan oleh Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama ABS EDU Solutions Sdn Bhd dan Goldmind Evolutions Sdn Bhd.

Kongres yang disertai kira-kira 300 guru tadika, pengasuh dan pemilik tadika serta pelajar bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak itu merupakan inisiatif yang dilaksanakan sejak 2014 bagi mendapat maklumat terkini mengenai peluang serta ruang pembangunan profesional dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Guru Penentu Kejayaan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Sekianlah artikel Guru Penentu Kejayaan Pendidikan Awal Kanak-Kanak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Guru Penentu Kejayaan Pendidikan Awal Kanak-Kanak dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/guru-penentu-kejayaan-pendidikan-awal_22.html

Subscribe to receive free email updates: