Judul : Gurauan Racun Lipas Di Dalam Mee Goreng Pelajar
link : Gurauan Racun Lipas Di Dalam Mee Goreng Pelajar
Gurauan Racun Lipas Di Dalam Mee Goreng Pelajar
NAK bergurau pun ada hadnya ya wahai pembaca sekalian. Jangan ingat semua benda boleh dibawa bergurau.
Bila dah jadi kes, baru nak kelam kabut menyesal dan minta maaf? Terlajak perahu boleh berundur, terlajak perbuatan tak boleh nak reverse balik dah dik…
Kejadian berlaku pada puku; 9:30 pagi di SMK Sri Aman, Sarawak melibatkan dua orang pelajar tingkatan satu. Akibat terlampau suka bergurau, seorang pelajar telah ditahan kerana ‘bergurau’ kasar apabila meletakkan rabun lipas ke dalam mee goreng rakannya sendiri.
Mangsa langsung tidak tahu bahawa di dalam mee gorengnya sudah diletakkan racun serangga tersebut sebelum dia dikatakan mual dan muntah setelah beberapa minit menjamah mee tersebut.
Kawan tu dah muntah, baru awak nak takut ya dik. Sebelum buat tak fikir pun akibatnya? Bila dah jadi baru nak takut lepastu nak salahkan kawan-kawan yang lain pulak.
“Melihat mangsa yang lemah menyebabkan sekolah bergegas menghantarnya ke Hospital Sri Aman untuk rawatan lanjut sebelum memaklumkan kejadian kepada bapanya,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar.
Bapa si mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Sri Aman pukul 2:30 tengahari semalam. Si anak telah dirawat di Hospital Sri Aman manakala suspek utama telah dibebaskan dengan jaminan setelah disoal siasat oleh pihak polis.
Jika disabitkan kesalahan, pelajar ini boleh disiasat mengikut Seksyen 328 Kanun keseksaan kerana mendatangkan kecederaan kerana menggunakan racun dan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.
Hati-hati ya kalau nak bergurau tu… Jangan sampai membahayakan keselamatan orang lain. Takut nanti awak sendiri yang kena tanggung akibatnya.-MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Gurauan Racun Lipas Di Dalam Mee Goreng Pelajar
Anda sekarang membaca artikel Gurauan Racun Lipas Di Dalam Mee Goreng Pelajar dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/gurauan-racun-lipas-di-dalam-mee-goreng_21.html