Gergasi O&G Thailand Beli Kepentingan Projek LNG Petronas

Gergasi O&G Thailand Beli Kepentingan Projek LNG Petronas - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gergasi O&G Thailand Beli Kepentingan Projek LNG Petronas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gergasi O&G Thailand Beli Kepentingan Projek LNG Petronas
link : Gergasi O&G Thailand Beli Kepentingan Projek LNG Petronas

Baca juga


Gergasi O&G Thailand Beli Kepentingan Projek LNG Petronas

BANGKOK – PTTEP, cabang penerokaan dan pengeluaran kepada gergasi minyak dan gas Thailand, PTT Group, telah bersetuju untuk membeli 10 peratus kepentingan dalam Petronas LNG 9 Sdn Bhd (PL9SB), sebuah loji pencairan LNG di Malaysia dengan kapasiti semasa sebanyak 3.6 juta setahun.

Pelaburan bernilai US$500 juta (RM2.14 bilion) itu akan dilaksanakan oleh PTT Global LNG Co Ltd, sebuah syarikat bersama antara PTTEP dan PTT Public Company Ltd.

“Kerjasama perniagaan dengan Petronas akan membolehkan PTTEP bertapak di Malaysia, bagi menyokong pengembangan perniagaan dan pelaburan dalam medan petroleum di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan selepas mengumumkan keputusan suku tahun kedua hari ini.

Pelaburan tersebut adalah selaras dengan strategi syarikat dalam mencari peluang perniagaan dalam rantaian nilai LNG.

Sementara itu, PTTEP dalam kenyataan kepada Bursa Saham Thailand hari ini,berkata bahagiannya dalam pelaburan itu adalah sebanyak US$ 250 juta.

Dengan kemasukan PTT Global LNG, bahagian saham PL9SB terdiri daripada Petronas (80 peratus), JXTG Nippon oil and Energy Corporation melalui anak syarikatnya, Nippon Oil Finance (Netherland B.V) (10 peratus) dan PTT Global LNG (10 peratus).

Operasi komersial PL9SB akan bermula pada Januari 2018.

“‘Pengambilalihan kepentingan ekuiti dalam PL9SB adalah sebahagian daripada strategi PTTEP untuk bersinergi dengan PTT dalam rantaian nilai LNG yang bersepadu bagi memenuhi permintaan tenaga yang semakin meningkat di negara ini,” katanya. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Gergasi O&G Thailand Beli Kepentingan Projek LNG Petronas

Sekianlah artikel Gergasi O&G Thailand Beli Kepentingan Projek LNG Petronas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gergasi O&G Thailand Beli Kepentingan Projek LNG Petronas dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/gergasi-o-thailand-beli-kepentingan_28.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :